Al Hilal pahat sejarah mara ke final Piala Dunia Kelab

Al Hilal pahat sejarah mara ke final Piala Dunia Kelab

PEMAIN Al Hilal meraikan kejayaan mara ke final Piala Dunia Kelab selepas menumpaskan Flamengo di Stadium Ibn Batouta, Tangier. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGIERS, Maghribi: Dua sepakan penalti yang disempurnakan Salem Al-Dawsari membawa Al Hilal mara ke final Piala Dunia Kelab selepas menewaskan Flamengo 3-2, awal pagi tadi.

Kelab Arab Saudi itu akan menentang pemenang satu lagi saingan separuh akhir sama ada juara Eropah, Real Madrid atau Al Ahly dari Mesir.

Al-Dawsari menyudahkan sepakan penalti pertama pada minit keempat selepas Luciano Vietto dikasari bek kanan Flamengo, Matheuzinho.

Penyerang Arab Saudi itu menjadi pemain pertama menjaringkan gol menentang lawan sama dalam dua edisi Piala Dunia Kelab selepas turut menjaringkan gol ketika menentang Brazil pada 2019.

Pasukan lawan menyamakan kedudukan 60 minit kemudian apabila penyerang Pedro melakukan percubaannya buat kali pertama mengatasi penjaga gol Abdullah Al Muaiouf, 36 tahun.

SALEM al-Dawsari (kiri) mencabar pemain tengah Flamengo, Arturo Vidal dalam aksi Piala Dunia Kelab di Stadium Ibn Batouta, Tangier semalam. – AFP

Penalti kedua Al-Dawsari hadir sembilan minit sebelum masa kecederaan separuh masa pertama selepas Vietto dijatuhkan oleh bekas pemain tengah Marseille, Gerson.

Ketika permainan berbaki 20 minit, Vietto menyempurnakan gol ketiga Al Hilal hasil hantaran Al-Dawsari.

Dalam enam minit masa tambahan, Pedro mengurangkan defisit dengan menampan bola ke gawang, namun sudah terlambat untuk membantu kebangkitan juara Copa Libertadores itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.