2023 tahun penuh aksi buat Harimau Malaya - Hamidin

2023 tahun penuh aksi buat Harimau Malaya – Hamidin

SKUAD Harimau Malaya akan mengharungi sekurang-kurangnya lapan perlawanan dalam kalendar FIFA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tahun penuh aksi. Itu yang boleh dijangkakan untuk skuad Harimau Malaya apabila akan dikerah sepanjang musim 2023 dengan mengharungi sekurang-kurangnya lapan perlawanan persahabatan sepanjang tempoh jendela kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, skuad kendalian Kim Pan Gon akan diuji bermula bulan hadapan apabila akan mengharungi dua perlawanan persahabatan dengan pasukan yang dijangka berada pada kedudukan ranking yang lebih tinggi.

Selain itu katanya, Pan Gon akan membuat pengumuman berkaitan barisan pemain yang akan menggalas tanggungjawab mewakili Harimau Malaya dalam masa terdekat dan difahamkan senarai berkenaan sedang dimuktamadkan oleh jurulatih dari Korea Selatan itu.

“Sebenarnya kita sudah muktamadkan dan ada beberapa nama sudah disahkan namun biar Pan Gon membuat pengumuman berkaitan perkara itu.

HAMIDIN MOHD. AMIN

“Apa yang boleh saya katakan adalah skuad Harimau Malaya akan mengharungi dua perlawanan persahabatan pada Mac, Jun (2 perlawanan), September (2 perlawanan) termasuklah pada Oktober.

“Oktober akan diadakan Pesta Bola Merdeka. Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mahu kita mengadakan perlawanan kerana pada pertengahan September stadium (Stadium Nasional Bukit Jalil) akan siap dinaiktaraf,” katanya.

Skuad Harimau Malaya kini dalam fasa untuk mempersiapkan pasukan selepas layak ke Piala Asia secara merit apabila berjaya muncul antara lima naib juara terbaik dalam saingan Kelayakan Piala Asia pada Jun tahun lalu.

Kejayaan itu cukup manis di mana ia menamatkan badi selama 42 tahun selepas kali terakhir Malaysia beraksi di Piala Asia ialah pada 1980 di Kuwait, dengan pasukan kebangsaan ketika itu menamatkan saingan peringkat Kumpulan B di tangga ketiga di belakang Korea Selatan dan tuan rumah.

Dalam pada itu, Hamidin berkata, skuad Harimau Malaya perlu lebih bersedia dan meraih keputusan positif dalam mengharungi perlawanan persahabatan bagi memastikan ranking Malaysia di peringkat Asia tidak terjejas.

Hal ini kerana katanya, Malaysia yang kini berada di kedudukan ke-25 Asia dengan dengan 1066.6 mata perlu mengelak daripada turun ke tempat ke-26 sekali gus terpaksa mengharungi dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

“Kita perlu waspada jika Malaysia berada di kedudukan ke-26, kita perlu melalui dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 namun, jika berjaya mengekalkan tempat 25 kita selamat iaitu hanya mengharungi satu saja saingan pada peringkat awal,” katanya.

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.