Sze Fei, Izzuddin minta berpisah

Sze Fei, Izzuddin minta berpisah

GOH Sze Fei (kanan) bersama Nur Izzuddin Rumsani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibarat berpatah arang, berkerat rotan, situasi beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei kini di tahap meruncing apabila kedua mereka enggan lagi bergandi­ngan.

Perkara itu disahkan Pe­ngarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky yang menjelaskan mereka secara peribadi menyatakan keinginan untuk berpisah tanpa menjelaskan perkara sebenar yang terjadi.

Selepas bergelar juara Terbuka Jerman, Mac tahun lalu, Sze Fei-Izzuddin kerap terkandas awal.

Dua keputusan mengecewakan pada Terbuka Malaysia dan India awal bulan ini menyaksikan barisan kejurulatihan membuat keputusan untuk menarik penyertaan mereka daripada saingan Indonesia Masters.

“Mereka sudah buat keputusan untuk tidak mahu berpasangan bersama lagi.

“Mengenai pasangan baharu mereka, akan dibincangkan lagi dengan jurulatih lain (Tan Bin Shen dan Hoon Thien How) kerana mereka masih di Indonesia,” jelas Rexy yang dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Sejak digandingkan bersama pada 2016, mereka telah meraih pingat perak ketika Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur dan pingat gangsa Kejohanan Asia 2022 di Manila, serta menjadi tonggak kepada kecemerlangan skuad negara meraih pingat emas Kejohanan Berpasukan Asia yang berlangsung di Setia Alam, Se­langor tahun lalu.

Percaturan untuk memisahkan mereka dilihat satu langkah berisiko memandangkan kempen kelayakan ke Sukan Olimpik paris 2024 akan bermula 1 Mei depan, dan

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dari awal mahukan Malaysia mempunyai dua wakil dalam kesemua lima acara dipertandingkan.

Bagaimanapun, berdasarkan format kelayakan yang ditetapkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), sesebuah negara hanya boleh menghantar dua wakil untuk setiap acara ke temasya itu dengan syarat pemain harus berada dalam kelompok lapan terbaik ranking kelayakan ke Sukan Olimpik

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya