SNBJ hanya terima 59,000 penonton untuk aksi Malaysia-Thailand

SNBJ hanya terima 59,000 penonton untuk aksi Malaysia-Thailand

SEBAHAGIAN penonton yang membanjiri Stadium Nasional, Jalil untuk aksi Malaysia-Singapura semalam, - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun dijangka menerima permintaan amat tinggi untuk aksi separuh akhir pertama Piala AFF antara Malaysia menentang Thailand, Sabtu ini, namun Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak boleh menampung kehadiran penonton secara maksimum.

Daripada 80,000 kapasiti, hanya 59,000 tiket akan ditawarkan kerana 21,000 tempat duduk terpaksa ‘dikorbankan’ gara-gara kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, pihaknya dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sudah mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah itu, namun situasi itu tidak dapat dielakkan.

“FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah berusaha sedaya upaya mencari jalan penyelesaian terbaik memastikan aksi skuad Harimau Malaya sepanjang kempen Piala AFF ini dilangsungkan di Stadium Nasional, berbanding jika ia diadakan di stadium lain yang berkapasiti lebih kecil.

“Diharap penyokong Harimau Malaya dapat meneruskan sokongan padu di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada perlawanan separuh akhir pertama menentang Thailand, Sabtu ini, jam 8.30 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

HARGA tiket separuh akhir pertama Piala AFF antara Malaysia menentang Thailand, Sabtu ini kekal seperti di peringkat kumpulan.

Dalam kenyataan yang sama, Noor Azman berkata, FAM turut mengumumkan bahawa harga tiket perlawanan itu kekal seperti aksi peringkat kumpulan – RM30 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6-12 tahun) bagi tempat duduk terbuka, RM50 bagi tempat duduk Premium dan RM60 bagi tempat duduk Grandstand.

Jelasnya, keputusan itu dibuat secara sebulat suara selepas Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mempengerusikan mesyuarat khas bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM di stadium sejurus selepas perlawanan menentang Singapura semalam.

“Ia sebagai tanda penghargaan kepada penyokong Harimau Malaya yang telah memberikan sokongan padu kepada pasukan di sepanjang kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 setakat ini.

“Tiket bagi perlawanan separuh akhir pertama itu hanya akan dijual secara dalam talian di www.tickethotline.com.my bermula jam 3.00 petang ini. Tiada penjualan di kaunter.

“Sebagai perbandingan, harga tiket RM30 bagi tempat duduk Terbuka ini sama seperti harga tiket perlawanan separuh akhir, Malaysia lawan Thailand pada Piala Suzuki AFF 2018 dan adalah lebih rendah daripada harga tiket RM40 ketika perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF 2014, Malaysia lawan Vietnam,” ujarnya.

Dalam perlawanan terakhir Kumpulan B antara Malaysia menentang Singapura semalam, seramai 65,147 kehadiran penonton dicatatkan, sekali gus menaikkan semangart Harimau Malaya yang membaham Singa 4-1. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya