Skuad karate negara dapat sentuhan jurulatih Mesir

Skuad karate negara dapat sentuhan jurulatih Mesir

Makaf melantik Tamer Abdelraouf Mohamed Mourssy (kiri) dari Mesir untuk membimbing skuad karate negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) membuat kejutan apabila membawa masuk tenaga pengajar baharu dari Mesir, Tamer Abdelraouf Mohamed Mourssy dalam usaha untuk memimpin skuad negara menghadapi dua temasya penting tahun ini iaitu Sukan SEA Kemboja pada 5 hingga 17 Mei serta Sukan Asia Hangzhou pada 23 September hingga 8 Oktober depan.

Ini sekaligus menyaksikan Pengarah Kejurulatihan Makaf, Datuk P. Arivalagan digugurkan daripada barisan kejurulatihan, namun kelibat R. Puvaneswaran masih dikekalkan sebagai jurulatih untuk acara kumite.

Tugasan berat menanti pengendali dari Mesir itu yang dijangka akan melapor diri 1 Februari ini kerana Makaf meletakkan sasaran untuk meraih tiga emas di Sukan SEA, serta satu pingat emas di Sukan Asia.

Kali terakhir skuad karate negara meraih pingat emas di Sukan Asia adalah ketika edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan menerusi Syakilla Salni Jefry Krisnan (Kumite 61kg wanita) dan Lim Chee Wei (Kata).

“Kita menamatkan perkhidmatan Ari (Arivalagan) dan kita akan mengambil jurulatih dari Mesir, yang akan memulakan tugas 1 Februari ini. Dia akan jadi ketua jurulatih skuad senior dan pelapis negara.

“Saya ingat saya dah beri peluang jurulatih tempatan tetapi mereka tak dapat beri apa yang saya mahukan. Jadi dah tiba masanya kita ambil jurulatih luar.

“Kalau kita lihat kebanyakan kejohanan WKF (Persekutuan Karate Dunia) dan AKF (Persekutuan Karate Asia) di Eropah. Jadi kalau nak sparring dari pemain tersebut saya perlukan hubungan antara jurulatih luar yang lain.

“Kalau saya fokus jurulatih Malaysia, kita akan dapat pasukan seperti Thailand, Indonesia. Jadi saya tak nampak atlet kita akan berkembang,” jelas Setiausaha Agung Makaf, Datuk Nur Azmi Ahmad selepas selesai menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, hari ini.

Dalam masa yang sama, Nur Azmi turut mengesahkan program skuad Kata yang berpengkalan di Pulau Pinang ditutup setelah kesemua atlet dan jurulatih
menolak tawaran untuk berlatih di MSN Bukit Jalil.

“Terpulang kepada mereka sama ada nak terima atau tidak, tetapi kita sudah menawarkan tempat mereka untuk berlatih di sini, kita mahu fokus pada pusat latihan di Bukit Jalil sahaja,” tambah Nur Azmi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya