Ronaldo dibayar RM76 juta sebulan

Ronaldo dibayar RM79 juta sebulan

DENGAN kontrak lumayan yang ditawarkan oleh Al Nassr, Ronaldo dijangka 'pencen' di Arab Saudi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Cristiano Ronaldo muncul ahli sukan paling mahal dalam sejarah apabila dibayar 200 juta euro (RM761.3 juta) setahun oleh kelab bola sepak Arab Saudi, Al Nassr.

Jika dipecahkan nilainya, bermakna dia menikmati 6.5 euro (RM31) setiap saat, 386 euro (RM1,824) seminit, 23,150 euro (RM109,399) sejam, 3.8 juta euro (RM18.37 juta) se­minggu dan 16.67 juta euro (RM79 juta) sebulan.

Sekalipun jika dia tidur lapan jam sehari, dia masih dibayar 148,890 euro (RM703,512)sepanjang tidurnya.

Ia pakej pra persaraan terbaik buat pemain berusia 37 tahun itu yang menandatangani kontrak dua setengah tahun selepas ikatan bersama Manchester United ditamatkan bulan lalu.

Difahamkan perjanjian penuh Ronaldo akan berlanjutan tujuh tahun dengan Ro­naldo turut berperanan sebagai duta kelab sejurus selepas dia mengambil keputusan untuk bersara.

CRISTIANO Ronaldo (kiri) menerima jersi Al Nassr daripada presiden kelab, Musalli Al-Muammar di Madrid hari ini selepas disahkan menandatangani kontrak bersama pasukan Arab Saudi itu. – AFP

Ini bermakna Ronaldo akan meraih keseluruhan 1.3 bilion pound (RM 6.9 bilion) sepanjang perkhidmatannya.

“Saya amat teruja dengan pengalaman beraksi dalam liga yang berbeza di negara berbeza.

“Visi Al Nassr mem­beri inspi­rasi buat sa­ya, saya me­mang seronok untuk menyertai anggota pasukan lain, membantu kami mencapai lebih banyak kejayaan,” kata Ro­naldo.

Kehadiran Ronaldo bukan sahaja memberi inspirasi kepada Al Nassr, malah dorongan positif buat Arab Saudi dalam usaha menawar diri sebagai tuan rumah Piala Dunia 2030.

Ronaldo yang sudah selesai menjalani bahagian pertama pemeriksaan perubatan dan akan menyelesaikan keseluruhan proses di Riyadh dalam beberapa hari lagi.

Al Nassr yang kini di tangga kedua Liga Pro Saudi selepas merakam tujuh kemenangan daripada 10 perlawanan, turut dikaitkan dengan bekas rakan sepa­sukan Ronaldo di Real Madrid, Sergio Ramos.

Biarpun bakal me­nyambut sambutan hari jadi ke-38 Januari ini, Ronaldo masih mahu menggalas cabaran Portugal di Euro 2024. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya