Rasuah sudah tiada dalam bolasepak -Ancelotti

Rasuah sudah tiada dalam bolasepak -Ancelotti

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti (kanan) membidas kenyataan pasukannya sering mendapat bantuan daripada pengadil. (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti membidas kenyataan dilemparkan Ketua Pegawai Eksekutif Atletico Madrid, Miguel Angel Gil Marin yang mendakwa pengadil kerap memihak kepada gergasi Sepanyol itu.

Kenyataan itu dibuat Gil Marin selepas pasukannya tewas 1-3 kepada Real Madrid dalam aksi suku akhir Copa del Rey biarpun Atletico mendahului dengan keputusan 1-0 menerusi jaringan Alvaro Morata selama 60 minit perlawanan, sebelum Rodrygo, Karim Benzema serta Vincius Junior memastikan kemenangan menjadi milik mereka.

Ancelotti pada awalnya enggan memberikan sebarang komen lanjut mengenai kenyataan dibuat Gil Marin, namun pengendali berusia berusia 63 tahun itu menjelaskan pengadil bersikap berat sebelah merupakan dakwaan yang amat berat.

“Saya belum membaca komen tersebut, tetapi saya ada mendengar mengenainya, saya tidak mahu berbincang lanjut tentang perkara ini, apa yang saya boleh katakan itu adalah perwatakan saya dan saya hormat semua pandangan.

“Ia adalah perlawanan yang amat sengit, di pihak saya, kami berhak menang, perkara  lain saya tak ingin mengulas mengenainya.

“Sesuatu yang bukan objektif akan menjadi topik mudah untuk kontroversi. Rasuah sudah lama hilang jika dibandingkan dengan waktu dahulu, secara keseluruhan, pengadilan kini sudah bertambah baik di setiap genap benua Eropah,” jelas Ancelotti.

Tambah Ancelotti, video bantuan pengadil (VAR) yang digunapakai dalam kebanyakkan liga utama Eropah ketika ini telah membantu untuk menaikkan mutu pengadilan benua itu.

“Ia adalah sesuatu yang rumit untuk semua pengadil, tetapi dengan VAR, ia membantu memudahkan kerja mereka, misalnya kini tiada lagi perdebatan tentang kedudukan ofsaid dalam perlawanan,” tambah Ancelotti.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.