Misi benam New Zealand

Misi benam New Zealand

PASUKAN Malaysia menjalani latihan akhir di Stadium Hoki Kalinga, Bhubaneswar, India semalam dalam persiapan menghadapi New Zealand pada perlawanan terakhir Kumpulan C, Piala Dunia 2023 hari ini. –UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BHUBANESWAR: Biarpun seri tidak menjejaskan Malaysia, dan kalah belum menyekat langkah Speedy Tigers, namun demi mengelak kesulitan di peringkat crossover, pasukan negara turun dengan misi me­numpaskan New Zealand hari ini.

Kemenangan akan membolehkan Malaysia menutup kempen Kumpulan C selaku naib juara, bermakna anak-anak buah A. Arul Selvaraj berpeluang mengelak naib juara Kumpulan D dalam perebutan tiket ke suku akhir, Ahad ini.

Berdasarkan kedudukan semasa, pasukan No. 6 dunia, England dan tuan rumah, India (No. 5 dunia) adalah calon muncul juara serta naib juara Kumpulan D.

Pasukan No. 8 dunia, Sepanyol pula berada di kedudukan ketiga, manakala Wales di tangga keempat.

Biarpun kedudukan akhir Kumpulan D hanya akan ditentukan hari ini, serentak ­dengan aksi Kumpulan C, namun Malaysia perlu turun bersama mentaliti menang bagi menaikkan keyakinan apabila bermain di peringkat crossover.

Selepas dibelasah 4-0 oleh juara tiga kali, Belanda dalam aksi pembukaan dan bergelut untuk menumpaskan Chile 3-2 pada perlawanan kedua, kemenangan ke atas Black Sticks adalah tonik terbaik buat pemain negara untuk membuktikan mereka sedia memenuhi misi mara ke suku akhir hoki Piala Dunia 2023.

“Kemenangan amat penting kerana tiada perlawanan yang mudah di Piala Dunia.

“Apa gunanya kalau berikan persembahan terbaik tetapi anda tewas, jadi menang tetap menang.

“Di sini saya mahukan keputusan sama ada anda menang 1-0 atau 10-0, kemenangan tetap menjadi perkara paling utama.

“Sekarang saya tidak fikir siapa lawan kami di crossover, saya hanya mahu kami menang menentang New Zealand.

“Piala Dunia empat tahun sekali, jadi pemain perlu berikan yang terbaik,” kata Arul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya