Liga Malaysia 2023 'berwajah baharu'

Liga Malaysia 2023 ‘berwajah baharu’

LOGO baharu enam pertandingan yang akan diadakan dalam kalendar Liga M 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Malaysia (Liga M) yang akan membuka tirai bulan ini bakal berwajah baharu dengan pengenalan logo baharu untuk enam pertandingan yang bakal dilangsungkan.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini melancarkan logo baharuPiala Sultan Haji Ahmad Shah, Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA, Piala Cabaran MFL dan Piala MFL.

Pengenalan logo baharu selari dengan penstrukturan Liga M 2023.

Logo yang dipaparkan untuk enam pertandingan itu sebagai usaha MFL untuk menyuntik nafas baharu kepada saingan Liga M.

Kempen Liga M 2023 akan membuka tirai dengan perlawanan Piala Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 Februari. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.