Liga M3: MAFA beri jaminan gaji tidak akan lewat

Liga M3: MAFA beri jaminan gaji tidak akan lewat

NUR AZMI Ahmad (dua dari kiri) mengiringi Mohd. Ali Mohd. Rustam dan bergambar bersama juara di Stadium UTeM, Durian Tunggal, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pihak pengurusan Melaka FC memberi jaminan gaji pemain yang akan menyarung jersi pasukan itu dalam saingan Liga M3 musim ini akan dibayar tepat pada masanya, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Amatur Melaka (MAFA), Datuk Nur Azmi Ahmad.

Beliau berkata, jaminan itu diberikan dengan penampilan imej dan entiti baharu yang kini dalam proses pembentukan barisan pemain dan staf kejurulatihan, dalam usaha melonjakkan diri ke kancah saingan Liga Super musim 2024.

Beliau berkata, rundingan MAFA kini di peringkat akhir dengan beberapa syarikat swasta yang akan menjadi penaja utama dan nasib Skuad Hang Tuah tidak lagi seperti musim sebelum ini dibelenggu tunggakan gaji belum diselesaikan oleh pengurusan Melaka United FC.

“Saya beri jaminan soal kelewatan gaji pemain, pegawai dan jurulatih tidak akan lagi berlaku walaupun gaji pemain Melaka FC tidak sehebat Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Saya juga akan umumkan cara yang lebih baik berhubung pembayaran gaji bagi memuaskan hati semua pihak. Saya mahu membersihkan nama bola sepak Melaka. Matlamat kita dalam Liga M3 adalah untuk menang semua perlawanan dan layak secara automatik ke Liga Super musim 2024,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan akhir Liga Bola Sepak Governor Cup 2023 di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam telah menyempurnakan penyampaian hadiah yang menjadi milik MBMB Warriors menewaskan Tampoi FC 2-1.

Tambah Nur Azmi, Melaka FC telah melantik jurulatih dari Portugal sebagai ketua jurulatih bagi merealisasikan kebangkitan dengan sasaran menjuarai Liga M3.

“Jurulatih itu serta barisan pemain yang akan menyarung jersi Melaka FC akan mengikat kontrak pada 9 Februari depan,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.