Henti salah guna logo KBS, MAM – Hannah Yeoh

Henti salah guna logo KBS, MAM – Hannah Yeoh

HANNAH Yeoh (tengah) ketika berjumpa dengan pemegang taruh sukan pemotoran tempatan dalam sidang akhbar penganjuran acara sukan pemotoran di Litar Elite Speedway, Subang Jaya semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap  semua pihak, khususnya penganjur mengambil iktibar daripada insiden kemalangan nyawa yang menimpa sukan permotoran tempatan tahun lalu supaya tidak berulang dengan mengutamakan aspek keselamatan kepada pelumba dan penonton.

Hannah menggesa agar logo kementeriannya tidak disalah guna pakai, sebaliknya memohon kebenaran daripada pihak Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) untuk menganjurkan sesuatu acara sukan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun pihaknya tidak boleh memberikan komen lanjut mengenai insiden kemalangan nyawa yang membabitkan seorang pelumba di Litar Lumba Dato’ Sagor, Perak Disember lalu kerana masih dalam siasatan pihak polis. 

“Kementerian akan bekerjasama dengan pihak polis untuk memastikan penganjur mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dan tindakan perundangan boleh dikenakan, sekiranya mematuhi atau berlaku kecuaian sebelum, semasa, dan selepas penganjuran.

“Kita mahu setiap penganjur yang bila mereka laksanakan program, mereka paparkan lesen yang mereka dapat daripada MAM dan PJS, dua langkah ini adalah untuk memastikan peserta yang ingin sertai, mereka dapat periksa kelulusan program yang mereka sertai.

“Cuma mereka salah guna, guna logo KBS tetapi tidak mendapat kebenaran, apabila berlaku kemalangan, dan kita membuat semakan, mereka tidak mendapat kelulusan, sebab itu kita ada semak imbang, bukan sahaja tengok logo, tetapi senarai litar yang berada dalam senarai MAM, jadi kita mahu memperkasakan orang awam tentang perkara ini,” jelas Hannah dalam sidang akhbar penganjuran sukan bermotor di Malaysia, di Litar Speedway Elite, Subang Jaya semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.