Gakpo akui hampir menuju ke Old Trafford

Gakpo akui hampir menuju ke Old Trafford

CODY Gakpo akhirnya memilih Liverpool sebagai destinasi seterusnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyerang baharu ­Liverpool, Cody Gakpo mendedahkan dia pada mulanya berfikir untuk menandatangani kontrak bersama Manchester United sebelum beralih ke Anfield pada saat-saat terakhir.

Ramai menjangkakan pemain antarabangsa Belanda berusia 23 tahun itu yang menyerlah dalam Piala Dunia 2022 di Qatar akan menyertai Erik Ten Hag di Old Trafford selepas berpindah dari PSV Eindhoven.

Sebaliknya dia mengambil keputusan untuk bergabung de­ngan Jurgen Klopp di Anfield menerusi perjanjian bernilai sekitar 35 juta pound (RM186 juta).

Perpindahan itu sesuatu yang mengejutkan ke­rana Liverpool hanya menyasarkan pemain tengah dan dikaitkan dengan bintang Argentina, Enzo Fernandez.

Sebaliknya, Klopp beralih mengukuhkan barisan hadapan yang sebelum ini telah membawa masuk seorang lagi pemain Benfica, Darwin Nunez pada musim panas lalu.

Susulan keputusan United untuk berpisah dengan Cristiano Ronaldo sebelum Piala Dunia, sudah dijangkakan bahawa United akan berusaha mendapatkan Gakpo selepas aksi mengagumkannya di Qatar, namun, Liverpool bertindak lebih pantas.

DARWIN NUNEZ

Gakpo mendedahkan bahawa dia sebenarnya hampir menyertai bukan sahaja United tetapi juga Leeds United pada jendela perpindahan musim panas.

“Ia sukar pada musim panas ini. Ia adalah tempoh yang sa­ngat sengit. Saya cuba mencari ketenangan, tetapi sukar. Saya fikir saya akan ke United, tetapi akhirnya ia tidak menjadi.

“Leeds United masuk. Mereka adalah kelab yang bagus tetapi saya bertanya kepada diri sendiri sama ada saya benar-benar perlu pergi ke sana dan apabila anda mempunyai banyak keraguan itu tidak baik,” kata Gakpo.

United dilaporkan masih berminat untuk menambah skuad mereka bagi menggantikan Ronaldo, dengan Anthony Martial atau Marcus Rashford tidak mampu memainkan peranan terbaik untuk menjaringkan gol selain pemain baharu, Antony bermain di bahagian sayap.

Menandatangani pemain pinjaman menjadi keutamaan United ketika ini memandangkan bajet yang ketat berikutan perbelanjaan mereka pada musim panas untuk menyokong Ten Hag selepas tiba dari Ajax untuk menggantikan bos sementara Ralf Rangnick. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya