cabaran skuad negara di Terbuka Malaysia 2023 berakhir

Ee yi – Yew Sin tewas, cabaran skuad negara di Terbuka Malaysia berakhir

Reaksi pasangan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi selepas tewas kepada pasagan Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Adrianto pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, di Stadium Axiata, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad badminton negara mengharungi kempen yang mengecewakan di laman sendiri selepas tumpasnya wakil terakhir negara yang turun berentap dalam suku akhir Terbuka Malaysia, Teo Ee Yi – Ong Yew Sin tumbang kepada pemain Indonesia, Fajar Alfian dan Rian Ardianto dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.

Fajar dan Rian yang kini merupakan beregu lelaki No. 1 Dunia memiliki kelebihan psikologi apabila menang enam dari sembilan pertemuan antara mereka sebelum ini, bagaimanapun pertemuan terakhir mereka di Saingan Akhir Jelajah Dunia di Thailand Disember lalu memihak kepada Ee Yi dan Yew Sin.

Walaupun Ee yi dan Yew Sin berjaya menampilkan aksi memberangsangkan pada set pertama, bagaimanapun momentum itu tidak dapat diteruskan di set kedua dan perlawanan berlarutan sehingga set ketiga.

Ia menjadi lebih genting buat Ee Yi dan Yew Sin yang ketinggalan di set ketiga, dan walaupun ada cubaan untuk bangkit, ia sudah pun terlambat untuk mengelak dari tersingkir daripada kejohanan ini apabila tewas 21-14, 16-21, 17-21.

Kekalahan ini ibarat ulangan kejohanan edisi lalu apabila mereka turut tumpas kepada Rian dan Fajar di peringkat yang sama.

Keputusan ini mengecewakan sebahagian besar peminat tempatan yang mengharapkan akan ada wakil Malaysia ke peringkat separuh akhir memandangkan tahun lalu Malaysia mempunyai dua wakil di peringkat itu menerusi Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzudin Rumsani-Goh Sze Fei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.