Cikgu Hadi bukan gemuk dan botak yang boleh dihina

Cikgu Hadi bukan gemuk dan botak yang boleh dihina

Para pemain bola tampar wanita Melaka bersama jurulatih mereka (tengah) yang dikenali sebagai Cikgu Hadee.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain bola tampar bawah 14 dan 16 tahun Melaka tampil mempertahankan jurulatih mereka yang dikenali sebagai Cikgu Hadi selepas bertindak menampar dua pemainnya ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 pada 16 Disember lalu.

Para pemain terbabit menyifatkan pengorbanan masa dan tenaga Cikgu Hadi sangat besar dalam memimpin pasukan Melaka yang sebelum ini dianggap sebagai belasahan sehingga kini menjadi sebuah pasukan yang dihormati dan digeruni selain turut menempa pelbagai kejayaan.

“Kami dilatih daripada kecil oleh Cikgu Hadi untuk bermain bola tampar pasukan wanita Melaka yang dahulunya tidak dikenali dan hanya sebuah pasukan belasahan namun, kami kini sebuah pasukan dihormati. Itu semua atas jasa dan pengorbanan Cikgu Hadi dan cikgu-cikgu lain.

“Mereka berkorban masa dan tenaga tanpa mengeluh untuk melatih kami. Hanya kami sahaja yang melihat, mengalami dan merasai sendiri susah payah untuk membentuk pasukan ini. Beliau bukan gemuk dan botak yang boleh hina sesuka hati.

“Beliau (Cikgu Hadi) yang melatih kami daripada hatinya yang ikhlas tanpa apa-apa bayaran sehingga kami berjaya mencipta satu sejarah baru untuk Melaka,” kata pemain-pemain B-14 dan B-16 Melaka di laman Instagram Mastanah_vc.

Sebelum ini, tular satu klip video membabitkan jurulatih pasukan berkenaan yang menampar dua orang pemain di Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 bagi kategori perempuan pada 16 Disember lalu sehingga mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Menurut pemain-pemain terbabit, Cikgu Hadi juga berasa kecewa atas perbuatannya tetapi, satu kesalahan yang telah beliau lakukan tidak akan menutup segala kebaikan yang telah beliau berikan kepada pemain-pemainnya selama ini.

“Untuk pengetahuan semua, isu ini telah lama selesai…Tiada apa yang terpendam lagi di hati daripada pemain-pemain dan ibu bapa. Kami memohon untuk menghentikan segala kenyataan berkaitan jurulatih kami kerana hanya kami yang mengenal beliau.

“Netizen hanyalah orang luar dan bukan keluarga kami, hanya kami yg memahami ahli keluarga kami. Perbuatannya mungkin salah tetapi, itu untuk mendidik kami supaya kami menjadi pemain yang lebih baik di dalam gelanggang.

“Henti viralkan isu ini kerana kami sayang jurulatih kami. Biarkan kami yang menilai baik dan buruknya. Kami sentiasa berdiri teguh dibelakang jurulatih kami dan pasukan kami kerana kami pasukan Melaka,” katanya.

Terdahulu semalam, Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (Mava), Hean Boon Yeow dilaporkan berkata, kekerasan fizikal bukan budaya bola tampar untuk membentuk kemahiran atlet dalam mana-mana peringkat umur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya