Bajet, kewangan cabaran terbesar sukan 2023

Bajet, kewangan cabaran terbesar sukan 2023

HOKI menggalas misi besar pada 2023 dengan beraksi dalam Piala Dunia di India dan pada masa sama berharap untuk layak ke Olimpik 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kewangan menjadi isu penting buat sukan meneruskan agenda mereka tahun ini.

Bajet yang asalnya dibentang RM332 juta bakal dirombak susulan Malaysia kini berada dalam kepimpinan kerajaan baharu, justeru ia juga akan menentukan hala tuju mereka seandainya jumlah yang diharapkan tidak dapat diberikan.

Ini kerana umum mengetahui 2023 diramalkan menjadi tahun yang mencabar untuk ekonomi dunia, justeru ada kemungkinan bajet untuk industri sukan dikecilkan bagi diberikan kepada sektor-sektor yang lebih memerlukan.

Secara tidak langsung, ia isyarat buat persatuan sukan di Malaysia mencari inisiatif sendiri dalam menggerakkan semula aliran kewangan persatuan masing-masing dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan yang lazimnya disalurkan menerusi pembahagian oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN)

SUHARDI ALIAS

“Untuk persatuan sukan, dari segi kewangan kita tidak tahu di masa hadapan sama ada kewangan kita akan bertambah baik ataupun tidak, kalau terhad, persatuan mesti mempunyai imej yang baik untuk menarik minat para penaja.

“kalau boleh elakkan daripada perkara-perkara atau isu negatif sebab kalau persatuan itu terpalit, ia akan menyebabkan susah untuk menari penaja melabur ke dalam persatuan,” jelas Timbalan Ketua Pengarah MSN (Strategik),

Ia bakal menjadi cabaran untuk kepimpinan tertinggi di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk merencanakan pecahan yang terbaik, ditambah 2023 bakal menawarkan dua temasya sukan penting iaitu Sukan SEA Kemboja pada Mei dan Sukan Asia Hangzhou yang mungkin diadakan pada September.

Tidak terkecuali program ‘Road to Gold’ bagi membantu atlet yang berpotensi mengharungi kempen kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan bermula tahun ini dalam misi untuk membawa pulang pingat emas pertama negara dari temasya itu tahun hadapan.

AZIZULHASNI Awang antara yang menjadi sandaran Malaysia pada di Olimpik Paris 2024.

Dalam masa sama, isu doping sekali lagi menjadi duri dalam daging buat arena sukan tempatan setelah lima kes berjaya dikesan tahun lalu dengan kesemuanya adalah dari sukan angkat berat.

Hakikatnya Agensi Doping Malaysia (ADAMAS), MSN serta persatuan sukan sudah pun memberikan tumpuan maksima untuk mengekang isu ini

Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) pernah mengambil tindakan drastik dengan membubarkan skuad kebangsaan pada 2021 setelah jemu dengan kes doping yang saban tahun wujud biarpun pelbagai inisiatif dilakukan seperti pelaksanaan hukuman yang berat sehinggalah memberi ceramah dan penerangan tentang bahaya mengambil bahan terlarang menerusi kempen kesedaran, namun semua itu tidak akan berhasil sekiranya atlet masih degil dan mahu meraih kejayaan menerusi jalan pintas.

ISU doping masih tidak dapat dipisahkan dengan angkat berat.

“Kita sedia bertemu dengan persatuan untuk berbincang ke hadapan bagi memastikan bagaimana perkara ini boleh diatasi pada masa depan dan kalau mereka (PABM) membuat keputusan seperti mahu ambil tindakan kepada persatuan negeri, jadi kita perlu tanya sekiranya ia boleh diterima oleh pihak persatuan negeri.

“Apabila persatuan hantar ke Sukma (Sukan Malaysia) mengikut negeri, ia di bawah urusan majlis sukan negeri, biarpun keputusan dibuat PABM tapi yang membangunkan atlet adalah Majlis Sukan Negeri, jadi kita tetap perlukan pandangan daripada mereka.

“Adalah lebih baik semua pihak dapat tampil supaya dapat berbincang untuk bersama-sama merencanakan sukan angkat berat dengan lebih baik, ia jauh lebih baik daripada bertelagah sesama sendiri seperti rumah sudah siap pahat masih berbunyi, jadi kita harus lihat ke hadapan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya