Aaron-Woo Yik gagal juarai Terbuka India

Aaron-Woo Yik terus gagal rangkul gelaran Jelajah Dunia

AARON CHIA-SOH WOOI YIK (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aaron Chia-Soh Wooi Yik masih gagal mencari kejuaraan pertama sejak bergelar juara beregu lelaki dunia tahun lalu apabila tumpas kepada pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chan dalam perlawanan akhir badminton Terbuka India di New Delhi, sebentar tadi.

Sehari selepas menumbangkan pasangan No. 1 dunia, Fajar Alfian-Rian Ardianto dari Indonesia, Aaron-Wooi Yik memulakan langkah dengan meyakinkan apabila menang 21-14 di set pembukaan.

Beregu No. 3 dunia itu bagaimanapun gagal meneruskan momentum kemenangan dalam dua set berikutnya sebelum akur 21-14, 19-21, 18-21, sekali gus kempunan kejuaraan pertama sejak menjuarai gelaran dunia di Tokyo pada Ogos tahun lalu.

Biarpun gagal meraih hadiah Tahun Baharu Cina yang sempurna, namun Aaron-Wooi Yik memberikan aksi terbaik dalam pertarungan sengit yang berlanjutan selama sejam, 3 minit.

Selaku naib juara Aaron-Wooi Yik membawa pulang ‘angpau’ AS$29,750 (RM127,493), manakala Wei Keng-Wang Chang meraih AS$62,900 (RM269,557) selaku juara.

Kekalahan tersebut bermakna, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2020 di Tokyo itu kalah dalam semua tiga pertemuan dengan Wei Keng-Wang Chan yang menghuni ranking ke-11 dunia.

Aaron-Wooi Yik juga masih gagal memenangi sebarang kejuaraan dalam kalendar Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dengan pencapaian terbaik mereka kekal bergelar naib juara.

Selain naib juara Terbuka India, yang merupakan kejohanan bertaraf Super 750, Aaron-Wooi Yik juga naib  juara Terbuka Thailand 2020 (Super 1000), naib juara All England 2019 (Super 1000) dan naib juara SaarLorlux 2018 (Super 100). – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.