United mulakan 'hidup' tanpa Ronaldo dengan positif

United mulakan ‘hidup’ tanpa Ronaldo dengan positif

Anthony Martial meledak gol kedua Manchester United ketika menumpaskan Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United bermula positif tanpa Cristiano Ronaldo dengan Marcus Rashford dan Anthony Martial akhirnya keluar dari bayang-bayang bintang Portugal itu ketika membantu Red Devils menumpaskan Nottingham Forest 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Selain jaringan Rashford dan Martial, penyerang Brazil, Fred menambah gol ketiga United di Old Trafford, tiga minit sebelum tamat permainan.

Biarpun Rashford dan Martial menampilkan prestasi baik, namun pengurus pasukan, Erik ten Hag tetap mencari penyerang baharu untuk menggantikan Ronaldo pada jendela perpindahan Januari bagi memastikan Red Devils lebih klinikal dalam tempoh suku ketiga terakhir ini.

Tahun kedua Ronaldo di Old Trafford berakhir semasa rehat Piala Dunia selepas kontraknya ditamatkan gara-gara wawancara kontroversi bersama Piers Morgan di mana dia mengkritik Ten Hag serta pemilik kelab.

MARCUS Rashford meraikan jaringannya ketika menentang Nottingham Forest. – AFP

Pengaruh Ronaldo di atas padang juga semakin berkurangan sejak jurulatih Belanda itu mengambil alih pasukan pada awal musim.

Rashford memainkan peranan yang lebih penting di bawah Ten Hag dan turut membawa prestasi terbaiknya bersama England di Piala Dunia ke Liga Perdana.

“Pemain-pemain kami beraksi cemerlang pada Piala Dunia dan saya gembira melihatnya. Kini mereka meneruskan monentum itu.

“Mereka perlu mengekalkan tahap tersebut, teruskan dan maju dari satu perlawanan ke satu perlawanan,” kata Ten Hag.

FRED melengkapkan gol ketiga Manchester United. 

Rashford membuka jaringan pada minit ke-19 hasil umpanan Christian Eriksen dan Martial menambah jaringan tiga minit kemudian sebelum Fred melengkapkan gol ketiga pada minit ke-87.

United memulakan perlawanan tanpa Lisandro Martinez yang masih meraikan kejayaan Argentina menjuarai Piala Dunia, selain Diogo Dalot yang cedera dan Harry Maguire yang belum pulih sepenuhnya.

Bek tengah, Raphael Varane terpaksa memulakan permainan hanya sembilan hari selepas beraksi selama 113 minit untuk Perancis di final Piala Dunia, manakala Luke Shaw bermain sebagai bek tengah buat kali pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya