TMJ berjanji akan terus beli pemain terbaik negara

TMJ berjanji akan terus beli pemain terbaik negara

STATUS TMJ dalam InstaStory.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim berrjanji akan terus membawa masuk pemain terbaik negara ke Johor Darul Ta’zim (JDT) dan hanya akan melepaskan mereka kepada pasukan kebangsaan pada kejohanan yang berada dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut pemilik JDT itu, ramai yang membuat ‘bising’, namun tidak pernah belajar sesuatu sejak 10 tahun lalu dan tidak boleh menerima hakikat kejayaan Harimau Selatan.

Well done boys. Ramai yang menyalak setiap tahun. 10 tahun masih tak belajar dan tak terima kejayaan kami.”

“Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermain bunga api setiap tahun. Betapa untungnya keluarga JDT. Setiap tahun ada perkembangan, setiap tahun Allah kurniakan kejayaan,” katanya dalam InstaStory semalam.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu juga berkata, kejayaan Malaysia melayakkan diri ke Kejohanan Asia selepas 43 tahun menanti turut melibatkan kudrat para pemain JDT yang mewakili Harimau Malaya.

“Piala AFF ada yang tak berakal bising, agaknya dia lupa Malaysia layak Piala Asia pemain JDT yang berhempas pulas.

“Oleh yang demikian, sama macam kenyataan saya sebelum ini, saya akan terus membunuh bola sepak Malaysia.

“Hari ini saya berjanji akan terus beli pemain-pemain hebat dalam negara, dan hanya lepaskan mereka untuk sertai pasukan kebangsaan dalam kalendar FIFA sahaja,” katanya.

Dalam kempen Piala AFF 2022 yang sedang berlangsung, anak-anak buah Kim Pan Gon mempamer prestasi baik apabila mencatat dua kemenangan dalam dua aksi Kumpulan B, sekali gus berpeluang untuk mara ke separuh akhir.

Di sebalik kejayaan itu, skuad tersebut dianggotai ramai muka baharu dengan hanya seorang pemain JDT iaitu Safawi Rasid.

Tonggak JDT lain tidak dapat menyertai skuad Harimau Malaya kerana tidak mendapat pelepasan kelab ekoran Piala AFF dilangsungkan di luar kalendar FIFA. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.