Tchetche, Sherman antara digugurkan

Tchetche, Sherman antara digugurkan

PENYERANG import, Tchetche Kipre (kanan) antara 12 tonggak yang digugurkan Terengganu FC untuk menghadapi musim baharu 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Naib juara Liga Super dan Piala FA, Terengganu FC (TFC) menggugurkan 12 tonggak termasuk lima import daripada skuad 2023.

Antaranya penjaga gol, Mohd. Sharmiza Yusoff, Mohd. Hafizal Alias, Shahrin Sapien, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Muhd. Arif Anwar, Azalinullah Alias dan Faisal Halim.

Turut tidak mendapat tempat penjaring terbanyak, Kipre ­Tchetche, Kpah Sherman, Petrus Shitembi, Manuel Ott dan pertahanan tengah kelahiran Senegal, Pape Diakite.

“Pihak kelab ingin berterima kasih atas jasa mereka selama bersama TFC dan selamat maju jaya diucapkan untuk karier mereka seterusnya,” kata jurucakap kelab semalam.

Pengendali skuad Penyu, Tomislav Steinbruckner, sebelum ini mengesahkan sedang berusaha membawa masuk dua import kelahiran Croatia bagi mengetuai serangan.

Antara yang dikaitkan bekas penyerang Hajduk Split, Ivan Mamut selain pemain kebangsaan Singapura, Safuwan Baharudin bagi kuota Asia Tenggara.

Sementara itu, Steinbruckner mengesahkan akan ‘menaikkan pangkat’ sekurang-kurangnya enam pemain TFC II daripada skuad Liga Perdana.

Pertahanan serba boleh, Safwan Mazlan, Aqil Irfanudin Sabri, Muhd. Firdaus Rosdi dan pemain sayap, Wan Mohd. Fazli Wan Ghazali antara yang berjaya mencuri perhatian bekas pengarah teknikal itu.

Selain itu dua lagi penjaga gol, Syed Muhamad Nasrulhaq Syed Bidin dan Mohd. Shafawi Mohammad turut bakal membarisi skuad senior TFC yang akan mengharungi Piala AFC musim depan.

“Falsafah bola saya sama dengan bekas jurulatih (Nafuzi Zain) dengan corak permainan moden serta penguasaan bola dan pemain muda merupakan DNA pasukan ini sejak sekian lama.

“Apa yang penting kami perlu mencari pengganti yang setara atau lebih baik lagi berbanding pemain yang meninggalkan TFC sekiranya mahu mengulangi pencapaian tahun ini,” jelas Steinbruckner.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.