Syihan sedia bentuk benteng kebal

Syihan sedia bentuk benteng kebal

AHMAD Syihan Hazmi menjalani latihan bersama skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketiadaan tonggak pertahanan seperti Shahrul Saad, Matt Davies dan Corbin Ong pastinya sedikit sebanyak menggugat keutuhan benteng pertahanan skuad Harimau Malaya dalam Piala AFF 2022.

Bagaimanapun, kehilangan itu tidak mahu dijadikan alasan buat penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi dalam memastikan gawang negara mudah dibolosi.

Tambah penjaga gol yang mempunyai ketinggian 1.85 meter itu, dia optimis pemain-pemain yang bakal mengisi kekosongan berkenaan mampu menggalas tanggungjawab tersebut.

“Pada saya, setiap pemain berbeza jadi siapa pun yang diturunkan dalam kesebelasan utama, kita perlu percaya kemampuan masing-masing.

“Semua pemain pastinya akan memberikan yang terbaik dan dengan penampilan muka baharu, sudah pasti mereka juga mahu memberikan persembahan terbaik mereka,” katanya.

Ahmad Syihan Hazmi (tengah) bersama dua lagi penjaga gol Harimau Malaya, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (kanan) dan Azri Abdul Ghani dalam sesi latihan skuad kebangsaan.

Ketika ditanya mengenai jaminan untuk menjadi penjaga gol utama, Syihan mengakui masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan dia tidak pernah berasa selesa dengan prestasinya.

“Saya tidak letakkan diri dalam zon selesa kerana kalau saya selesa, kita akan hilang fokus dan bermain sambil lewa.

“Saya mahu terus bertambah baik untuk pergi lebih jauh dan kekalkan prestasi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya