Ruventhiran kembali ke pangkuan Selangor

Ruventhiran kembali ke pangkuan Selangor

V. Ruventhiran diperkenalkan sebagai pemain tempatan baharu Selangor FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC memulakan langkah pertama untuk memantapkan lagi pasukan bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga M) apabila menyambar anak jati negeri itu, V. Ruventhiran sebagai pemain tempatan baharu Gergasi Merah.

Kehadiran Ruventhiran, 21, atau lebih dikenali sebagai Ruven, iaitu anak jati kelahiran Klang bakal menguatkan jentera sayap Selangor, malah dianggap seperti ‘sirih pulang ke gagang’.

Sebelum memulakan kerjaya sebagai pemain profesional dan kini menjadi tonggak skuad Harimau Malaya yang bakal beraksi dalam Piala AFF 2022, Ruven adalah sebahagian pasukan remaja Red Giants.

Kejayaan memancing bekas pemain Petaling Jaya City (PJ City) diumumkan secara rasmi oleh Selangor FC hari ini, sekali gus menambah kekuatan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe.

 

“Saya pernah beraksi bersama Pasukan Presiden dan Belia Selangor sebelum ini, jadi kembali ke Selangor FC bagi saya bukanlah satu perkara baharu tetapi saya gembira dapat menyarung jersi pasukan ini semula.

“Saya memang menyimpan hasrat untuk bermain bersama pasukan utama Selangor FC kerana saya yakin Selangor adalah pasukan yang besar dan mempunyai penyokong yang luar biasa.

“Saya sudah bersedia untuk beraksi dan berikan segalanya untuk pasukan,” kata Ruventhiran .

Ruven menyumbang satu gol dan empat bantuan baut pasukan Belia Selangor pada 2019. Pada tahun berikutnya, dia dinaikkan pangkat ke skuad Presiden Selangor tetapi hanya bermain dalam empat perlawanan dan menjaringkan satu gol sebelum kejohanan dibatalkan kerana Covid-19.

Ruven, yang menggambarkan dirinya sebagai pemain yang bekerja keras, menceburkan diri ke saingan Liga Super dan memulakan karier profesionalnya dua tahun lalu bersama pasukan utama PJ City, di mana dia membuat 41 penampilan dan mencatat dua gol dan tiga bantuan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya