Pertandingan pukulan terjauh jadi acara tahunan GGCC

Pertandingan pukulan terjauh jadi acara tahunan GGCC

ANTARA pemenang bagi Glenmarie Longest Drive Competition yang diadakan di Glenmarie Golf & Country Club (GGCC) hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hampir 100 pemain golf dari seluruh negara telah menyertai Glenmarie Longest Drive Competition yang diadakan di Glenmarie Golf & Country Club (GGCC) hari ini.

Pertandingan yang menampilkan tiga pusingan kelayakan sejak Oktober lalu itu dibawakan oleh Mazda dan ditaja secara bersama oleh MST Golf and Trackman dengan siri akhir berlangsung hari ini.

Kesemua peserta bersaing untuk merebut hadiah bernilai RM20,000 termasuk baucar tunai, baucar padang dan baucar penginapan di Glenmarie Hotel & Golf Resort.

Pengurus GGCC, Nor Afendi Mohd Razlan berkata, berdasarkan sambutan yang begitu baik, pertandingan berkenaan akan dijadikan sebagai acara tahunan di GGCC.

“Sambutan amat menggalakkan walaupun ini adalah pertandingan pukulan terjauh yang pertama dianjurkan di GGCC. Jadi, kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pertandingan akan diadakan setiap tahun.

“Kami juga akan memastikan bahawa penganjuran yang seterusnya akan menjadi lebih besar, lebih baik, dan lebih lama,” kata Nor Afendi dalam satu kenyataan.

Pertandingan berkenaan terbuka kepada semua pemain golf dengan setiap peserta perlu melengkapkan 10 pukulan dalam masa lima minit dengan menggunakan peralatan yang mematuhi peraturan terkini.

Hanya bola golf yang berhenti dalam ‘fairway’ (kawasan yang dipotong rapat) dan kawasan penanda ‘fairway’ sahaja yang dilayak untuk diukur jarak pukulan.

Kategori terbuka lelaki Glenmarie Longest Drive Competition itu dimenangi oleh Takuya Osaki dengan pukulan sejauh 294.6 meter (m) manakala, terbuka wanita pula dimenangi oleh Ho Jo Yee dengan 206.4m dan kategori VIP dan media dimenangi oleh Pengarang Utusan Malaysia, Aznan Bakar (239m).-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.