Pan Gon cabar muka baharu menyinar

Pan Gon cabar muka baharu menyinar

Harimau Malaya mungkin terpaksa menunggu Vietnam atau Thailand ke Piala Dunia dahulu, jika kedudukan ranking menjadi ukuran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun rata-rata pemain Harimau Malaya kali ini dibarisi muka baharu, namun Kim Pan Gon tidak sabar melihat perbezaan yang bakal diperagakan pasukannya.

Berdepan Kemboja pada aksi persahabatan antarabangsa kelas ‘A’ di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, jurulatih dari Korea Selatan itu tidak menolak permainan berbeza bakal disajikan berbanding pasukan yang layak ke Piala Asia 2023, Jun lalu.

“Esok mungkin ramai muka baharu beraksi. Saya mahu mereka tunjukkan sesuatu yang saya sendiri teruja untuk nantikan dan dipersembahkan kepada peminat.

“Pemain kena yakin dan buktikan kepada peminat di luar yang mereka memiliki sesuatu untuk dipamerkan di atas padang,” katanya dalam sidang akhbar semalam.
Selain aksi menentang Kemboja, skuad kebangsaan dijadual bertemu Maldives, Rabu ini sebagai aksi pemanas badan sebelum bersaing pada Piala AFF bermula 21 Disember ini.

Pan Gon berkata, dua perlawanan persahabatan itu pen­ting bagi barisan kejurulatihan menilai pemahaman pemain tentang model permainan dan strategi yang diterapkan dalam latihan sejak seminggu lalu.

Perkara kedua yang menjadi keutamaan jurulatih Pan Gon ialah konsistensi, di mana beliau mahu pemain mengekalkan penguasaan dan dominasi ketika permainan.

“Ya, kesemua pemain sejak beberapa hari lalu tunjukkan peningkatan. Kami berikan pelbagai input dan maklumat mengenai model permainan terutama buat muka baharu.

“Memang banyak maklumat yang diberikan dan ia mungkin sedikit keletihan kerana input yang banyak dan perlu diterjemahkan dalam permainan. Tetapi saya lihat hari demi hari, peningkatan daripada pemain dan ia baik sekali.

“Apa yang penting adalah konsistensi di mana aksi baik dipamerkan ketika kelayakan Piala Asia lalu dan ia perlu dite­ruskan kali ini.

“Kita nak lihat bagaimana pemain memahami model permainan yang diterapkan sebaiknya,” katanya yang berjaya membimbing pasukan menamatkan badi 42 tahun untuk layak ke Piala Asia di Qatar tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN