Jangan benarkan Sato adili perlawanan Malaysia, Vietnam

Jangan benarkan Sato adili perlawanan Malaysia, Vietnam

BUAT kali kedua tahun ini, Ryuji Sato membuat keputusan kontroversi melibatkan perlawanan Malaysia-Vietnam selepas melayangkan kad merah kepada Azam Azmi Murad, selain menghadiahkan penalti Vietnam pada aksi Piala AFF di Hanoi kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ryuji Sato seharusnya dikecualikan daripada mengadili mana-mana perlawanan membabitkan Vietnam dan Malaysia termasuk ketika ke­ dua-dua pasukan itu menentang pasukan lain.

Ia bagi mengelak berlaku lagi keputusan kontroversi seperti mana yang dibuat pengadil dari Jepun itu yang menghadiahkan penalti tidak wajar dan me­ragukan kepada Vietnam dalam kemenangan 3-0 mereka ke atas Malaysia pada Piala AFF kelmarin.

Tindakan sedemikian bukan sekali dilakukan Sato kerana pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jun tahun lalu apabila dia menghadiahkan penalti kepada Vietnam ketika perlawanan berbaki 10 minit sebelum wisel penamat ditiup.

Keputusan menyebabkan Malaysia tewas 1-2, sekali gus meranapkan harapan Harimau Malaya untuk ke pusingan seterusnya pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 apabila mengakhiri saingan di kedudukan keempat Kumpulan G.

Bekas pengadil kebangsaan dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sub­khiddin Mohd. Salleh berkata, pengalaman Sato tidak boleh dipertikaikan, namun ada perkara perlu diperbaikinya.

INSIDEN awal di mana Doan Van Hau menolak Azam Azmi Murad sebelum kedua-duanya jatuh di luar padang.

“Saya tidak menyaksikan secara penuh aksi Malaysia menentang Vietnam semalam, jadi tidak adil untuk saya mengulas prestasi Sato secara menyeluruh cuma, saya boleh bercakap sedikit tentang keputusannya.

“Dalam soal pengalaman, Sato memang ada pengalaman di peringkat antarabangsa termasuk pernah mengadili kelayakan Piala Dunia, terlibat di ­Piala Dunia Rusia 2018, kelayakan Olimpik dan sebagainya.

“Berbalik kepada perlawanan semalam, ada beberapa perkara perlu diperbaiki. Contohnya, isu kontroversi melibatkan pemberian penalti yang tidak sepatutnya kepada Vietnam.

“Sebagai pengadil berpe­ngalaman, apabila dua pemain bergerak di garisan gol dalam kelajuan tinggi, ia boleh mendatangkan kecederaan jika ada hentakan pada papan iklan, ketika itu dia sepatutnya hentikan perlawanan jika ada rempuhan.

SUBKHIDDIN MOHD. SALLEH

“Kalau dia hentikan perlawanan, Sato akan lebih fokus kepada keselamatan kedua-dua pemain dan boleh kawal keada­an dengan bijak. Tindakan dia memberi ‘advantage’ juga tidak adil kerana Malaysia dalam keadaan bertahan.

“Sato juga tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang dimaklumkan pembantu pengadil untuk kawal keadaan dan dia perlu pastikan betul atau tidak berlaku kekasaran di luar padang secara jelas,” katanya kepada Utusan ­Malaysia.

Ditanya sama ada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu melakukan bantahan terhadap keputusan pengadil itu, Subkhiddin berkata, Malaysia seharusnya ‘move on’ dan menerima keputusan dibuat.

AZAM Azmi dilihat hanya berusaha bangkit selepas terjatuh ekoran ditolak oleh pemain Vietnam.

“Jika ada protes sekali pun, kita boleh buat secara gentlemen letter dengan mengakui kekalahan dan dalam masa yang sama, meminta penganjur lebih berhati-hati,” katanya.

“Saya berpendapat adalah lebih baik kita ‘move on’ bagi mengelak para pemain kita tertekan dan mengganggu mereka dan berfikiran kalah disebabkan pengadil. Kita kena tanam dalam mentaliti mereka untuk bangkit,” katanya.

Sato ketika mengadili perlawanan kelmarin membuat beberapa keputusan tidak masuk akal hingga menyebabkan Malaysia tewas 0-3 pada perlawanan ketiga kumpulan A Piala AFF di Stadium National My Dinh, Hanoi, Vietnam.

Pengadil berkenaan menghadiahkan sepakan penalti penuh kontroversi yang menyebabkan skuad kendalian Kim Pan Gon ketinggalan 0-2 pada minit ke-64.

Hal ini kerana kemungkinan Azam Azmi Murad menendang muka pemain Vietnam, apabila berada di luar luar padang menyebabkan Sato melayangkan kad merah kepada pertahanan negara dan menghadiahkan sepakan penalti untuk tuan rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya