Bukan penalti jika pengadil ambil kira kekasaran Vietnam

Bukan penalti jika pengadil ambil kira kekasaran Vietnam

SUBKHIDDIN MOHD. SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sepakan penati tidak harus diberikan kepada Vietnam sekiranya pengadil perlawanan, Ryuji Sato melihat kekasaran pertama yang dilakukan pemain tuan rumah, Doan Van Hau terhadap pertahanan Malaysia, Azam Azmi Murad dalam aksi Piala AFF di Hanoi sebentar tadi.

Bagaimanapun apabila Sato memilih untuk meneruskan permainan dan berlaku tolak menolak antara kedua-dua pemain, sepakan penalti adalah ‘sah’ biarpun insiden berlaku di luar padang, itu penjelasan pengadil berpengalaman negara, Subkhiddin Mohd. Salleh.

Menurut Subkhiddin selepas meneliti video insiden yang dihantar kepadanya, terdapat dua senario yang menyebabkan sepakan penalti dan layangan kad merah diberikan oleh Sato.

“Saya tidak tengok perlawanan secara langsung tetapi rakan saya dari Astro menghantar video insiden berkenaan.

“Melihat rakaman tersebut, saya dapat faham mengapa insiden itu berlaku.

“Ada dua senario yang kita harus faham dahulu daripada segi undang-undang. Jika insiden berlaku di luar garisan sempadan dan berhampiran kawasan penalti.

“Pada ketika itu, bola masih dalam permainan, jadi mana-mana insiden berlaku berhampiran penalti di kawasan sempadan, pengadil perlu memulakan semula permainan dengan penalti kerana ia dalam kawasan penalti.

“Cuma, pada pandangan saya maklumat pertama yang perlu diberikan kepada pengadil adalah kesalahan yang dilakukan pemain Vietnam. Kemudian berlaku pula tindak balas daripada pemain Malaysia yang saya tidak pasti kerana dalam video tidak jelas.

“Selepas kekasaran berlaku (tetapi dibiarkan pengadil), berlaku tindak balas daripada pemain Malaysia. Kalau berlaku tindak balas maka kena kad merah tetapi jika insiden pertama (diberi perhatian) sepatutnya sepakan percuma diberikan kepada pasukan Malaysia.

“Jadi, kalau berlaku tindak balas, kalau perlu kad merah, kad merahlah kepada pemain Malaysia. Tetapi perlu dimulakan semula sama ada dengan sepakan percuma kerana insiden pertama itu berlaku disebabkan tolakan daripada pemain Vietnam.

“Maka, pada pandangan saya adalah sepakan percuma kepada pasukan Malaysia dan insiden selepas itu adalah kad merah untuk pemain Malaysia kalau benar dia ada melakukan tindak balas seperti menyepak dan sebagainya kepada pemain lawan.

“Mungkin pengadil terlepas pandang kesalahan pertama yang dilakukan pemain Vietnam… itu pandangan saya,” katanya kepada Astro Arena.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu yang pernah ‘beraksi’ dalam Piala Dunia bagaimanapun menegaskan, keputusan pengadil adalah muktamat dan sebarang rayuan yang mahu dilakukan Malaysia tidak akan merubah keputusan perlawanan.

Katanya lagi, disebabkan Piala AFF tidak menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR), keputusan seperti itu memberi peringatan kepada semua barisan pengadil yang mengendalikan kejohanan agar lebih berhati-hati dalam mengambil tindakan selepas ini.

Malaysia akhirnya tumpas 3-0 dalam aksi di Stadium My Dinh itu yang menyaksikan kedua-dua pasukan menutup perlawanan dengan 10 pemain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya