Aura King of Malaya telah kembali

Aura King of Malaya telah kembali

NOR Hakim Hassan pemain paling mencuri tumpuan Cheng Hoe dan jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon dengan prestasinya yang cukup cemerlang sepanjang Piala AFF.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persembahan cemerlang barisan pemain Selangor FC yang menggalas cabaran Harimau Malaya dalam Piala AFF memberi harapan kepada pasukan itu untuk mengembalikan era King of Malaya apabila menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim 2023.

Jika sebelum ini peminat bola sepak tempatan hanya melihat deretan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) menganggotai skuad kebangsaan dalam kejohanan utama, namun situa­si berbeza apabila pasukan Piala AFF kali ini dibarisi ramai pemain Gergasi Merah.

Ketika membelasah Laos 5-0 pada Sabtu lalu, enam pemain Selangor FC iaitu Faisal Halim, Sharul Nazeem Zulpakar, Quentin Cheng, Fazly Mazlan, Nor Hakim Hassan dan Mukhairi Ajmal Mahadi memberi impak positif apabila diturunkan dalam kesebelasan utama.

FAISAL Halim (kanan), V. Ruventhiran (tiga, kiri) dan Ahmad Khuzaimi Piee (tiga, kanan) tiga pemain Harimau Malaya yang menjadi muka baharuSelangor FC pada musim 2023.

Selain enam pemain terbabit, pemain Selangor FC yang turut menganggotai skuad bimbingan Kim Pan Gon dalam Piala AFF kali ini ialah V. Ruventhiran, Ahmad Khuzaimi Piee, Brendan Gan dan Alif Haiqal Lokman Hakim Lau.

Situasi itu mengimbau zaman kegemilangan Malaysia ketika dipimpin generasi hebat seperti Datuk Mokhtar Dahari, Datuk Soh Chin Ann, Datuk R. Arumugam dan Datuk Santokh Singh, di mana Selangor membekalkan kebanyakan pemain kebangsaan.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe berkata, persembahan yang dipamerkan pemainnya bersama skuad kebangsaan memberi impak positif buat pasukan menjelang musim baharu yang lebih mencabar dengan JDT sekali lagi menjadi pilihan untuk mengulangi penguasaan.

TAN CHENG HOE

“Memang saya sebagai jurulatih berpuas hati apabila ramai pemain Selangor FC beraksi dalam skuad kebangsaan dan kita nampak prestasi pemain juga meningkat. Situasi ini memberi keyakinan kepada pa­sukan pada musim baharu.

“Pemain seperti Sharul Nazeem, Brendan, Mukhairi, Faisal dan Nor Hakim nampak sangat memberansangkan dan prestasi Nor Hakim jelas membuktikan dia layak wakili Harimau Malaya dan saya harap dia dapatkan kekalkan prestasi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

SHARUL Nazeem Zulpakar antara yang memberi impak besar buat Harimau Malaya.

Ketika ditanya skuad kendaliannya yang kini mirip seperti JDT selepas ramai pemain mewakili skuad kebangsaan, Chen Hoe berkata, beliau tidak boleh membandingkan pemain Sela­ngor FC dengan JDT, namun menganggap pemain perlu menggunakan peluang yang terhidang.

“Itu (mewakili Harimau Malaya) merupakan satu pendedahan yang terbaik kepada pemain kerana mereka bermain di peringkat kebangsaan dan ia memberi lebih keyakinan dan pendedahan yang terbaik kepada mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.