VAR nafikan hajat Denmark raih kemenangan di Piala Dunia

VAR nafikan hajat Denmark raih kemenangan pertama

REAKSI pemain tengah Denmark, Andreas Skov Olsen selepas jaringannya dibatalkan kerana ofsaid dalam aksi Kumpulan D, Piala Dunia 2022 di Stadium Education City, Al-Rayyan hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Tunisia boleh menarik nafas lega apabila berjaya mengikat bekas juara Eropah, Denmark dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D Piala Dunia Qatar 2022  di Stadium Education City, sebentar tadi.

Walaupun kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan, namun drama tetap mewarnai perlawanan itu apabila Tunisia hampir memecah kebuntuan menerusi Issam Jebali pada minit ke 24 tetapi penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel lebih tangkas menafikan percubaan itu.

Malang buat Denmark apabila Thomas Delaney tidak dapat meneruskan permainan gara-gara mengalami kecederaan di kaki kanan, dan dia terpaksa ditukarkan dengan pemain Brentford, Mikel Damsgaard.

REAKSI pemain tengah Denmark, Thomas Delaney (kiri) dan penyerang Tunisia, Issam Jebali dalam aksi di Al-Rayyan, Doha hari ini. – AFP

Aksi di babak kedua semakin rancak dan Denmark akhirnya berjaya menembusi gawang Tunisia menerusi Andreas Skov Olson, namun jaringan itu dibatalkan kerana dia dalam kedudukan ofsaid.

Denmark seharusnya diberikan sepakan penalti pada hujung masa kecederaan babak kedua selepas mendakwa bola terkena tangan pemain Tunisia.

Bagaimanapun selepas meneliti video bantuan pengadil (VAR), pengadil mendapati tiada kesalahan dilakukan pemain Tunisia, sekali gus mengecewakan barisan pemain Denmark untuk sekadar berpuas hati meraih satu mata sahaja dalam perlawanan ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya