United menang tapi Ten Hag tidak gembira

United menang tapi Ten Hag tidak gembira

REAKSI pemain Manchester United selepas menumpaskan Real Sociedad dalam saingan Liga Europa semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengendali Manchester United (MU), Erik ten Hag kecewa dengan ketumpulan jentera serangan yang hanya menghasilkan satu gol ketika menumpaskan Real Sociedad 1-0 dalam Liga Europa di tempat lawan semalam.

Biarpun berjaya menumpaskan kelab Sepanyol itu, namun kemenangan tipis tersebut menyebabkan Red Devils gagal menjuarai Kumpulan E selepas berada di belakang Sociedad menerusi perbezaan jaringan.

Bermakna, mereka berpotensi menentang gergasi Eropah dari Liga Juara-Juara seperti Barcelona, Juventus, dan Ajax pada perlawanan playoff, ­Februari nanti.

Dalam aksi di San Sebastian, Alejandro Garnacho menjaringkan gol tunggal pada minit ke-17, sekali gus mengatasi rekod George Best sebagai pemain termuda United bukan dari England menjaringkan gol di Eropah pada usia 18 tahun.

PEMAIN Manchester United meraikan jaringan Alejandro Garnacho (tengah) ketika menentang Real Sociedad dalam Liga Europa di San Sebastian semalam. – AFP

 

“Anda tidak selalunya mendapat apa yang anda layak, itulah bola sepak.

“Pada perlawanan pertama, anda mendapat sepakan ­penalti yang bukan penalti.

“Kami menang hari ini tetapi tentu sahaja kami kecewa tidak menjaringkan dua gol seperti yang kami perlukan,” kata Ten Hag.

Nasib berbeza dilalui satu lagi kelab England, Arsenal yang mengesahkan kemaraan ke peringkat 16 terbaik selaku juara Kumpulan A setelah menewaskan FC Zurich 1-0.

Begitupun skuad kendalian Mikel Arteta bekerja keras untuk mendapatkan tiga mata.

Rembatan Tierney dari jarak 22 meter memastikan kemenangan Arsenal dalam perlawanan yang didominasi mereka untuk mengumpul 15 mata, dua mata mengatasi PSV Eindhoven di tangga kedua. – AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya