Rexy denda Sze Fei-Izzuddin

Rexy denda Izzuddin-Sze Fei

GOH Tze Fei (kanan) dan Nur Izzuddin Rumsani tumpas di pusingan pertama Terbuka India.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah kejurulatihan beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky menjelaskan pihaknya mempunyai sebab yang kukuh apabila beberapa pemain beregu negara tidak meneruskan aksi Terbuka Hylo yang membuka tirai pada hari ini.

Antaranya Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun (beregu lelaki), Chan Peng Soon-Cheah Yee See (beregu campuran) serta juara beregu wantia Terbuka Perancis, M.Thinaah dan Pearly Tan.

Baginya ada beberapa pemain tidak mencapai yang diharapkan, justeru memanggil mereka pulang semula ke tanah air untuk membuat persiapan awal bagi menghadapi Terbuka Malaysia yang akan berlangsung Januari tahun hadapan.

Kes berbeza buat Pearly-Thinaah, setelah mereka mencapai misi untuk layak ke saingan Jelajah Dunia Akhir yang dijadualkan berlangsung di Guangzhou, China dari 14 hingga 18 Disember depan.

PEARLY Tan-M. Thinaah memahat sejarah muncul juara Terbuka Perancis, Ahad lalu.

“Tarik diri ini ada yang dikatakan sebagai ganjaran dan ada pula sebagai denda, tengok persembahan yang macam mana. Pearly dan Thinaah tarik diri dari Terbuka Hylo boleh dikira sebagai ganjaran selepas muncul juara di Perancis dan layak ke Jelajah Dunia Akhir.

“Kalau Sze Fei-Izzudin pula kita sasarkan mereka untuk layak ke Jelajah Dunia Akhir tapi mereka kandas di pusingan pertama Terbuka Denmark dan kita beri peluang lagi di Terbuka Perancis, tewas pula di pusingan kedua.

“Laporan dari jurulatih pengiring, Tan Bin Shen juga mengesahkan prestasi mereka kurang baik, begitu juga dengan persembahan Wei Chong-Kai Wun, jadi saya lebih baik mereka balik sahaja untuk kita persiapkan mana yang kurang untuk Terbuka Malaysia tahun hadapan memandangkan itu merupakan kejohanan pertama untuk 2023,” jelas Rexy.

Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Tambah Rexy, dia mempunyai tanggungjawab kepada BAM serta barisan penaja badan induk itu memastikan pelaburan yang dikeluarkan berbaloi dengan mencapai keputusan memberangsangkan.

“Kita mesti menunjukkan yang kita mmepunyai tanggungjawab berdasarkan prestasi kita, kita tidak mahu sewenang-wenangnya menghantar pemain beraksi di luar negara.

“Izzuddin dan Sze Fei memang kita persiapkan untuk mengiringi Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ke sukan Olimpik Paris 2024, tetapi kalau keputusannya kerap terkandas di pusingan awal, jadi mesti ada perkara yang tidak kena dan kami kena tarik mereka dan perbaiki, begitu juga dengan Wei Chong dan Kai Wun,” tambah Rexy.

Justeru cabaran Malaysia dalam kejohanan itu akan diteruskan oleh 12 orang pemain dibarisi Ng Tze Yong dan Liew Daren (perseorangan lelaki), Goh Jin Wei (perseorangan wanita),Tan Kiang Meng-Tan Wee Kiong (beregu lelaki), Vivian Hoo-Lim Chiew Sien (beregu wanita), Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Hoo Pang Ron-Toh ee Wei (beregu campuran). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya