MUNICH: Pengendali Jerman, Hansi Flick hari ini mengumumkan senarai 26 pemain yang akan dibawa ke Piala Dunia 2022, termasuk bintang penyerang remaja sensasi Borussia Dortmund berusia 17 tahun, Youssoufa Moukoko.
Bagaimanapun, tiada tempat buat pertahanan veteran, Mats Hummels, kapten Dortmund, Marco Reus atau bintang muda Bayer Leverkusen yang sudah cergas daripada kecederaan lutut, Florian Wirtz.
Pemilihan Moukoko yang berasal dari Cameroon sesuatu yang mengejutkan kerana dia hanya mencapai usia 18 tahun dua minggu lagi.
Dia telah menjaringkan enam gol dalam lima perlawanan antarabangsa bawah 21 tahun, meledalak enam gol dalam 13 perlawanan Bundesliga musim ini dan tiada pemain dalam sejarah liga yang mencapai 10 gol liga pada usia yang lebih muda.
DAS IST UNSER #WM-KADER! 🙌🇩🇪#GER #WM2022 @FIFAWorldCup pic.twitter.com/MBHXYGjQo5
— DFB-Team (@DFB_Team) November 10, 2022
Moukoko mendapat manfaatkan daripada kecederaan yang dialami Timo Werner, yang diketepikan daripada pertandingan.
“Saya tidak boleh percaya. Semua kerja keras telah membuahkan hasil dan saya sangat gembira dan terharu.
“Pada ketika ini, tahun lalu saya berasa seperti tiada dalam ‘pasukan’ bergelut dengan banyak kecederaan dan sedikit masa permainan. Namun, saya cuba kekal positif dan percaya pada diri sendiri.
“Saya tahu apa yang boleh saya capai, dan hakikat bahawa saya akan ke Piala Dunia, matlamat yang diimpikan oleh pemain sepanjang karier mereka, membuatkan saya sangat bangga,” kata Moukoko dalam Instagram. – AGENSI
SKUAD JERMAN PIALA DUNIA 2022