Protes "tutup mulut" Jerman makan diri - Utusan Malaysia

Protes “tutup mulut” Jerman makan diri

Pemain Jerman menutup mulut ketika sesi bergambar sebelum memulakan perlawanan menentang Jepun di Stadium Antarabangsa Khalifa (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pemain Jerman menjelaskan tujuan mereka menutup mulut ketika sesi bergambar sebelum sepak mula menentang Jepun dalam saingan Kumpulan E di Piala Dunia adalah sebagai tanda protes kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang melarang mereka memakai lilitan lengan pelangi.

Lilitan yang tertera tulisan “One Love” bermaksud satu cinta merujuk kepada kebebasan mereka untuk mencintai sesiapa sahaja termasuk pasangan sejenis, dibuat sebagai tanda protes kepada polisi kerajaan Qatar yang melarang perbuatan berkenaan kerana bercanggah dengan ajaran Islam.

FIFA sebelum ini sudah pun memberikan amaran kepada tujuh negara Eropah, termasuk Jerman dan bakal mengenakan denda kepada pemain atau negara yang ingkar dengan arahan larangan tesebut, antaranya mengenakan kad kuning kepada pemain terlibat sekiranya memakainya di dalam padang.

Jurulatih Jerman, Hansi Flock dan Presiden Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB), Bernd Nuendorf antara yang lantang mengkritik keputusan FIFA itu.

Menteri Dalam Negeri Jerman, Nancy Faesar pula bertindak biadap dengan tetap memakai lilitan tersebut di tempat duduk penonton ketika perlawanan sedang berlangsung.

Menteri Dalam Negeri Jerman, Nancy Faesar tetap memakai lilitan yang dilarang pihak FIFA ketika perlawanan Jerman menentang Jepun.

Keangkuhan Jerman itu akhirnya memakan diri apabila tewas mengejut kepada Jepun dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Ritsu Doan dan Takuma Asano pada babak kedua permainan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya