Peluang terbaik Malaysia pahat sejarah

Peluang terbaik Malaysia pahat sejarah

SPEEDY Tigers perlu berusaha gigih dalam kelayakan Olimpik Januari depan. - IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Edisi ke-29 hoki Piala Sultan Azlan Shah tahun ini adalah peluang terbaik buat Malaysia untuk menjulang trofi buat kali pertama.

Biarpun lawan yang bakal ditentang esok cukup getir, iaitu juara tiga kali, Korea Selatan yang menundukkan Speedy Tigers 3-0 dalam aksi pertama, namun Malaysia mempamer aksi meyakinkan dalam tiga perlawanan terakhir.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, persembahan yang ditunjukkan skuad bimbang Arul Selvaraj selepas menewaskan Jepun 4-2 kelmarin membuktikan mereka berada di landasan terbaik untuk bergelar juara.

Menurutnya, walaupun goyah di peringkat awal, namun pemain mula mendapat momentum selepas perlawanan demi perlawanan.

“Kita tidak pernah muncul juara kejohanan ini dan saya rasa ini masa terbaik untuk menang.

“Saya fikir bolehlah bagi ­ha­diah dekat saya sebagai Menteri Belia dan Sukan. Saya fikir saya nak berhenti kempen (PRU15) sekejap untuk beri sokongan kepada Malaysia pada perlawanan akhir nanti.

AHMAD FAIZAL AZUMU

“Ini masa terbaik untuk kita muncul juara dan saya harap ini dapat direalisasikan.

“Momentum, kerja sepasukan dan bermain dengan bijak cukup penting kerana dari segi kemahiran, kelajuan stamina kita boleh kalahkan mana-mana pasukan tapi saya nampak kekuatan mental perlu kita perbaiki,” katanya pada sesi walkabout Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Taman Perpaduan semalam.

Ahmad Faizal yakin sukan hoki negara akan lebih popular jika pasukan negara mampu melakar sejarah menjuarai Piala Sultan Azlan Shah buat pertama kali sejak diperkenalkan pada tahun 1983.

“Kalau kita menjuarai kejohanan ini, tentu sekali ini akan membantu melonjakkan populariti sukan hoki.

“Saya harap dengan perkembangan yang terbaik ini, lebih banyak penjanaan akan masuk dan tentunya akan menjadikan sukan hoki pada tahap yang lebih baik.

“Saya sendiri seorang bekas pemain hoki, sayangkan sukan hoki juga masih berhubung dengan bekas-bekas pemain kita dan sentiasa cuba nak membangunkan sukan hoki supaya lebih popular dan ramai yang terlibat dalam sukan ini,” katanya.

Skuad negara mengesahkan tiket beraksi di final selepas melakar kemenangan 4-2 ke atas Jepun semalam.

Keputusan aksi terakhir liga sepusingan itu membolehkan skuad bimbingan Arul Selvaraj mengakhiri saingan di kedudukan kedua dengan 10 mata menerusi tiga kemenangan, satu seri dan satu kalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.