Menang atau Liverpool makin kelemasan

Menang atau Liverpool makin kelemasan

JURGEN Klopp mempersiapkan pasukannya untuk menghadapi Tottenham di London hari ini. - IHSAN LIVERPOOL FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp menegaskan kunjungan Liverpool ke Tottenham dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini pertaru­ngan amat besar selepas Reds mengalami kekalahan berturut-turut kepada Nottingham Forest dan Leeds bulan lalu.

Ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu liga, Arsenal selepas kekalahan memalukan 1-2 kepada Leeds di laman sendiri hujung minggu lalu menimbulkan keraguan terhadap peluang Reds untuk menamatkan ­saingan dalam kelompok empat teratas.

Kemenangan 2-0 ke atas Napoli dalam Liga Juara-Juara pertengahan minggu memulihkan keyakinan mereka menje­lang kunjungan di London.

Klopp menggesa pemainnya pulang bersama mata di Spurs kerana liga hanya berbaki dua perlawanan sebelum rehat Piala Dunia.

“Besar. Ia perlawanan yang sangat besar dan sukar buat kami.

“Bermain di tempat lawan…Saya tidak mahu melihat perbezaan mata kerana kami tidak boleh memilih perlawanan. Kami perlu turun dan menang tetapi ia memang sukar.

“Tottenham bertahan pada tahap yang tinggi dan sera­ngan balas pantas senjata utama mereka. Kuasa serangan mereka juga hebat,” kata Klopp.

Klopp gembira dengan kekentalan benteng Liverpool ketika menentang pendahulu ­Serie A, Napoli, Selasa lalu.

Dalam aksi tersebut, dua gol lewat Mohamed Salah dan Darwin Nunez meneruskan rekod tanpa kalah Reds di Eropah.

“Kami perlu berjuang melaluinya, begitulah situasi sekarang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya