Manchester United lawan paling sukar - Xavi

Manchester United lawan paling sukar – Xavi

MANCHESTER United akan berentap dengan Barcelona pada saingan playoff Liga Europa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez menyifatkan Manchester United lawan paling sukar selepas kedua-dua pasukan diundi dalam playoff Liga Europa.

Barca beraksi di Liga Europa susulan tersingkir dari Liga Juara-Juara, manakala United menduduki tangga kedua peringkat kumpulan Liga Europa.

Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada suku akhir Liga Juara-Juara musim 2018-2019 menyaksikan Barca menang 4-0 secara agregat.

Mereka pernah bertemu dalam dua final Liga Juara-Juara, dan Piala Antara Juara 1991, namun pertembungan kali ini yang pertama dalam Liga Europa.

Lapan pemenang playoff akan mara ke pusingan 16 akhir yang turut disertai lapan juara kumpulan yang layak automatik.

UNDIAN PLAYOFF LIGA EUROPA

“Mereka lawan paling sukar dan sarat dengan sejarah, namun kami akan menantikan United.

“United telah banyak berkembang di bawah (Erik) Ten Hag, dan mempunyai ramai pemain yang hebat.

“Ia undian terburuk yang mungkin kami dapat. Sekali lagi, tiada tuah,” ujar Xavi.

XAVI HERNANDEZ

Barca masih mencari identiti mereka di bawah pimpinan Xavi.

Walaupun menunjukkan ­prestasi baik dalam La Liga, namun gergasi Catalan itu bergelut dalam Liga Juara-Juara hingga jatuh ke saingan Liga Europa.

Ten Hag pula telah menambah baik United musim ini dan bersedia memberikan cabaran untuk memburu trofi

Red Devils mempunyai kelemahan yang ketara dalam bahagian serangan dan bahagian tengah, yang akan mengambil sedikit masa untuk diselesaikan. – AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN