Malaysia tewas dalam perlawanan pembukaan Piala Negara-Negara

Malaysia tewas tipis dalam perlawanan pembukaan Piala Negara-Negara

Malaysia tewas kepada Korea Selatan 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala Negara-Negara. Foto - FIH/World Sports
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki Malaysia menerima kejutan awal di Potchefsroom, Afrika Selatan bagi saingan Piala Negara-Negara apabila tewas dalam perlawanan pembukaan kepada Korea Selatan bagi aksi kumpulan B sebentar tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Universiti North-West, Afrika Selatan itu ibarat ulangan perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah tempohari yang menyaksikan Malaysia menamatkan penantian 39 tahun di kejohanan itu.

Bagaimanapun, status juara di kejohanan itu tidak sedikit menghadirkan kegentaran buat pemain Korea Selatan yang menyaksikan mereka terlebih dahulu mencipta jaringan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Jang Jonghyun seawal minit kelima.

Anak buah Arul Selvaraj cuba untuk melakar kebangkitan bagaimanapun jaringan yang dicari gagal dihasilkan, sebaliknya keputusan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Malaysia kini di tangga ketiga kumpulan selepas satu lagi perlawanan membabitkan Jepun dan Kanada berpihak kepada juara Asia 2018 itu dengan keputusan 3-0.

Malaysia bakal bertemu dengan Kanada esok untuk menghidupkan peluang ke peringkat seterusnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya