Maddison akhirnya tersenarai dalam skuad Piala Dunia England

Maddison akhirnya tersenarai dalam skuad Piala Dunia England

ENGLAND mengumumkan senarai 26 pemain yang akan menggalas cabaran Piala Dunia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain sayap Leicester, James Maddison berada dalam skuad 26 pemain England yang bakal menggalas cabaran Piala Dunia 2022 di Qatar.

Kemasukan Maddison adalah kejutan terbesar yang dilakukan pengendali The Three Lions, Gareth Southgate kerana pemain berusia 25 tahun itu sebelum ini dikatakan bakal diketepikan.

Ini kali pertama Maddison, yang hanya mempunyai satu penampilan bersama skuad kebangsaan disenaraikan sejak 2019.

Maddison sebelum ini ‘digam’ oleh Southgate apabila memberitahu dia terlalu sakit untuk bermain pada saingan kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2020 menentang Republik Czech, namun dalam masa sama dilihat sedang berseronok di kasino.

Penampilan pertama dan terakhirnya bersama England adalah ketika dimasukkan sebagai gantian menentang Montenegro pada November 2019.

Aksi cemerlang sejak awal tahun ini, terlibat secara langsung dalam 22 jaringan Liga Perdana Inggeris antara faktor yang mendorong Southgate kembali menyenaraikannya.

JAMES MADDISON

Penyerang Newcastle, Callum Wilson turut berada skuad ke Qatar, namun tiada ruang buat bintang AS Roma, Tammy Abraham, Ivan Toney (Brentford) atau Jarrod Bowen (West Ham).

Selebihnya, tiada kejutan dilakukan Southgate, di mana Harry Maguire serta duo Manchester City, Kyle Walker dan Kalvin Phillips akan mengetuai benteng pertahanan.

Jordan Pickford, Aaron Ramsdale dan Nick Pope pula mengisi posisi penjaga gol.

HARRY MAGUIRE

Bek kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold turut mendapat panggilan skuad kebangsaan, selain Luke Shaw, John Stones, Conor Coady, Ben White dan Kieran Trippier.

Declan Rice, Mason Mount, Jordan Henderson dan Jude Bellingham pula mengisi bahagian tengah, manakala Harry Kane, Bukayo Saka, Marcus Rashford, Raheem Sterling, Phil Foden serta Jack Grealish membentuk serangan. – AGENSI

 

SKUAD PIALA DUNIA ENGLAND

PENJAGA GOL
Jordan Pickford (Everton), Nick Pope (Newcastle United), Aaron Ramsdale (Arsenal)

PERTAHANAN
Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Conor Coady (Everton), Eric Dier (Tottenham), Harry Maguire (Manchester United), Luke Shaw (Manchester United), John Stones (Manchester City), Kieran Trippier (Newcastle United), Kyle Walker (Manchester City), Ben White (Arsenal)

TENGAH
Jude Bellingham (Borussia Dortmund), Conor Gallagher (Chelsea)
Jordan Henderson (Liverpool), Mason Mount (Chelsea), Kalvin Phillips (Manchester City), Declan Rice (West Ham United)

SERANGAN
Phil Foden (Manchester City), Jack Grealish (Manchester City), Harry Kane (Tottenham), James Maddison (Leicester City), Marcus Rashford (Manchester United), Bukayo Saka (Arsenal), Raheem Sterling (Chelsea), Callum Wilson (Newcastle United), Michael Dominski

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.