Legenda bola sepak Kelantan, Hashim Mustapa meninggal dunia

Legenda bola sepak Kelantan, Hashim Mustapa meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Legenda bola sepak Kelantan Mohd. Hashim Mustapa, 57, yang sebelum ini
terpaksa ditidurkan selepas mengalami masalah komplikasi kencing manis meninggal dunia sebentar tadi.

Bekas penjaring terbanyak Liga Malaysia tahun 1993 dan 1994 itu menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 10.25 malam.

Perkhabar duka itu disahkan oleh menantunya Mohd. Nizab Ayub ketika dihubungi Utusan Malaysia sebentar tadi.

“Papa (Mohd. Hashim) meninggal dunia di sisi ahli keluarga selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

“Jenazah bapa mentua akan dikebumikan esok,” katanya.

Utusan Malaysia 26 November lalu melaporkan, Mohd. Hashim terpaksa ditidurkan selepas mengalami masalah komplikasi kencing manis.

Sebelum itu, kaki kiri Mohd. Hashim terpaksa dipotong selepas salur darah tersumbat akibat jangkitan kuman yang dialami sejak Mac lalu.

Terdahulu akhbar ini juga pada 24 April lalu melaporkan, Mohd. Hashim menderita akibat jangkitan kuman di pergelangan kaki kanan selepas terjatuh da­ri motosikal yang ditungganginya Mac lalu.

Kejadian itu berlaku semasa Mohd. Hashim keluar untuk menjalankan tugas sebagai pe­ngendali skuad Tok Janggut Warriors FC yang beraksi dalam Liga M3.

Ekoran itu, kaki kanannya kini bengkak secara mengejut menyebabkan dia tidak dapat memakai kasut seperti biasa.

Sepanjang bergelar pemain bola sepak, Mohd. Hashim pernah merangkul anugerah penja­ring terbanyak Liga Perdana 1993 dan 1994. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.