Jumbo tarik balik iklan kontroversi

Jumbo tarik balik iklan kontroversi

IKLAN bertemakan Piala Dunia yang disiarkan pasar raya Belanda, Jumbo ditarik balik kerana disifatkan tidak sensitif dengan buruh asing di Qatar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Selepas menerima kecaman, rangkaian pasar raya Jumbo menarik balik iklan bertemakan Piala Dunia 2022 yang dianggap tidak mempunyai nilai kemanusiaan.

Iklan komersial yang dikeluarkan pasar raya Belanda itu menampilkan pekerja binaan me­nyanyi dan menari sempena Piala Dunia Qatar di tengah-­tengah projek bangunan.

Persembahan itu dikatakan tidak mempunyai simpati kerana ramai buruh asing terkorban ­ketika menyiapkan projek Qatar 2022.

Sebelum ini, terdapat banyak laporan mengenai nasib pekerja pendatang asing di Qatar, dan ­dianggarkan kira-kira 6,500 daripada mereka meninggal dunia sebagai persediaan untuk me­nyiapkan venue Piala Dunia 2022.

Terdapat laporan mengatakan ada pekerja tidak dilayan ­dengan baik, tidak dibayar sehingga mereka tidak diberi tempat yang sesuai untuk berehat, termasuk tempat berteduh untuk melarikan diri dari panas matahari di Qatar.

Atas dasar itu, Qatar dikritik sehingga kini, walaupun Piala Dunia 2022 akan membuka tirai pada 20 November.

Bukan sahaja daripada peminat, beberapa pemain dan pasukan turut menyuarakan bantahan mereka.

Iklan bertemakan Piala Dunia 2022 Jumbo itu yang telah tersebar di Youtube, akhirnya dialih keluar.

Beberapa organisasi hak asasi manusia menggelar iklan itu sebagai ‘memalukan’.

“Ini adalah iklan yang memalukan dan menghina,” kata Jan Kooy dari Human Rights Watch memberitahu laman web Belanda NOS.

Sementara itu, jurucakap Amnesty International, Ruud Bosgraaf berkata, iklan itu tidak bijak dan tidak betul.

“Jumbo sedang memadamnya dari media sosial. Ia agak tidak sensitif.

“Video itu dikongsi pagi ini dalam aplikasi kumpulan ­Qatar kami. Sangat tidak bijak dari Jumbo, syarikat itu tidak melihat realiti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya