JDT pasukan 'underdog' musim depan - TMJ

JDT pasukan ‘underdog’ musim depan – TMJ

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Biarpun telah menggondol semua piala kejohanan domestik musim ini, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak melihat kejayaan itu meletakkan JDT sebagai pasukan pilihan bagi kempen musim depan.

Menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, JDT hanyalah pasukan ‘underdog’ jika dibandingkan dengan pasukan lain yang semakin meningkat dan sudah memperkuatkan pasukan sebagai persediaan menghadapi musim depan.

Menurutnya, kejayaan membanggakan dilakar pada musim ini dengan memenangi treble sukar diulangi pada masa akan datang.

“Sepanjang tempoh 10 tahun saya berada dalam industri bola sepak, pada saya ini adalah kejayaan yang paling bermakna, ia kerana kejayaan itu direkodkan dari skuad 12 tahun hinggalah ke pasukan utama JDT.

“Bagi pasukan utama JDT, kita mengharungi musim tanpa kalah bagi 35 perlawanan dalam semua kejohanan domestik dan menang semuanya. Ini kejayaan yang paling hebat dalam karier saya berada dalam industri bola sepak negara.

“Saya tahu keputusan ini tidak boleh diulangi lagi, kalau boleh baguslah tapi ia sangat sukar,” katanya selepas perlawanan persahabatan menentang kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim ketika meraikan kejayaan JDT muncul juara Piala Malaysia 2022, Sabtu lalu.

Pada aksi persahabatan Jelajah Asia Borussia Dortmund itu, skuad Harimau Selatan dijinakkan pasukan gergasi Eropah itu 4-1.

Mengenai persiapan bagi musim depan, Tunku Ismail menjelaskan bahawa JDT tidak berbelanja besar dan hanya akan membawa masuk dua atau tiga muka baharu bagi memperkuatkan pasukan.

“Pada tahun depan JDT hanyalah pasukan ‘underdog’, kita tidak berbelanja sangat dengan mengekalkan skuad hampir sama, paling banyak pun kita bawa masuk dua atau tiga pemain sahaja.

“Pasukan lain sudah rancak melakukan pembelian bagi memperkuatkan pasukan masing-masing di setiap aspek. Jadi JDT bukanlah pasukan yang perlu dikalahkan pada musim depan,” katanya.

Ditanya khabar angin bahawa JDT sudah menandatangani penjaga gawang Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Tunku Ismail secara berseloroh mengatakan tidak mengenali pemain tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya