PETALING JAYA: Ketinggalan dua jaringan kepada Selangor FC pada suku akhir pertama Piala Malaysia diharap tidak melemahkan semangat para peminat Negeri Sembilan untuk hadir berikan sokongan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.
Pertahanan Negeri Sembilan, Nasrullah Haniff Johan, optimis tiada yang mustahil buat skuad Hobin Jang Hobin melakukan kebangkitan dan seterusnya mencari slot ke separuh akhir.
Katanya, ketiadaan peraturan gol tempat lawan menyaksikan peluang masih terbuka asalkan mereka mampu menutup defisit dua gol yang dihasilkan Selangor.
Jangan biarkan mereka terus rebah. Kita bangkit bersama!
Dapatkan tiket perlawanan di Wisma PBNS sehingga jam 5 petang ini.Tiket juga boleh dibeli secara atas talian di https://t.co/4CxewXVP5o.
Ayuh Sekalian Yang Setia,kita penuhkan Paroi 🟡⚫️🔴#NSESEL#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/rNvyBaZdsu
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) November 11, 2022
“Ketiadaan peraturan gol di tempat lawan agak membantu juga agar kami tidak terlalu tertekan dan perlawanan di Paroi ibarat final buat pasukan.
“Perlawanan pertama tempoh hari kami tidak bermain seperti biasa malah kami terlalu fikirkan tentang aksi kedua di Paroi nanti.
“Jadi kami bermain terlalu bertahan dan situasi itu membuka ruang kepada Selangor yang dapat beraksi lebih baik pada perlawanan malam itu,” katanya.

Negeri Sembilan sudah lama tidak layak ke separuh akhir iaitu sejak muncul juara kali terakhir pada 11 tahun yang lalu selepas menewaskan Terengganu 2-1 di pentas final.
Nasrullah tidak menafikan bermain tanpa pertahanan kental, Herold Goulon yang dilayangkan kad merah minggu lalu memberi kesukaran tetapi ia bukan situasi pertama buat mereka.