Selangor-JDT ibarat Liverpool lawan Man. City – Sathianathan

Selangor-JDT ibarat Liverpool lawan Man. City – Sathianathan

Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio (kiri) dan ketua pasukan, Farizal Marlias (dua, kiri) bersama rakan sejawatan mereka dari Selangor, Tan Cheng Hoe (kanan) serta Sharul Nazeem Zulpakar bergambar dengan Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertembu­ngan Selangor menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada final Piala Malaysia di Bukit Jalil malam ini ibarat ‘Liverpool bertemu Manchester City’, kata bekas pengendali Selangor, B. Sathianathan.

Sathianathan yang kini mem­bimbing Sarawak Uni­ted berkata, perbandingan itu dibuat kerana kedua-dua pasukan memiliki persamaan ­dengan dua gergasi Liga Perdana Inggeris tersebut.

“Persamaan yang saya maksudkan ialah Selangor ibarat raja lama (old king) dan JDT pula raja baharu (new king), begitu juga perihalnya dengan Liverpool dan City.

“Kalau dulu, Liverpool dan Manchester United kelab yang sangat popular tetapi sekarang City sudah mula menarik minat generasi muda,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas mengenai peluang kedua-dua pasukan menjulang Piala Malaysia, Sathianathan mengakui, jika bercakap secara realistik, kelebihan terletak di tangan JDT.

Harimau Selatan memiliki kekuatan dari segenap segi, malah JDT sudah tentu enggan berputih mata buat kali kedua berturut-turut selepas dikecewakan oleh Kuala Lumpur City 2-0 tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, Se­langor juga mampu melakar kejutan kerana dalam bola sepak tiada yang mustahil.

“Saya hendak ucap tahniah kepada Tan Cheng Hoe yang membawa Selangor sehingga ke final, di bawah terajunya, banyak telah berubah, pasukan merah kuning semakin mempamer peningkatan,” ujarnya.

Sathianathan juga meminta anak-anak buah Cheng Hoe berwaspada dengan JDT yang sentiasa bersemangat tinggi setiap kali berdepan Selangor.

“Sejak dulu lagi, JDT kalau jumpa Selangor, semangat mereka lain macam. Seperti ada sentimen yang mana pasukan itu membawa misi wajib menang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya