FAM harap kelab bagi kerjasama

FAM harap kelab bagi kerjasama

KIM Pan Gon (berseluar hijau) menyertai acara tarik tali pada Hari Keluarga FAM 2022.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap semua pasukan dapat melepaskan mana-mana pemain yang dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon untuk membawa cabaran negara dalam Piala AFF 2022 yang akan membuka tirai 20 Disember ini.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, meskipun kejohanan itu tidak berada dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), pelepasan kepada pemain terlibat setidak-tidaknya dapat membantu Pan Gon untuk memantapkan pasukan serta membuat perancangan tidak hanya untuk kejohanan tersebut, tetapi masa akan datang.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meraikan warga kerjanya dengan penganjuran Hari Keluarga FAM 2022 yang telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Katanya, setakat ini FAM sudah memaklumkan kepada Pan Gon mengenai sasaran ditetapkan badan induk itu dalam kejohanan tersebut dengan pihaknya percaya ketua jurulatih dari Korea Selatan itu kini sedang bekerja bagi merealisasikannya.

“Tentang pemilihan pemain, itu terpulang kepadanya untuk membuat penilaian dan perancangan yang dirasakan sesuai. Beliau tahu sasaran FAM dan kita harap beliau dapat sediakan pemain yang menepati sasaran tersebut.

“Namun dalam masa sama kita faham keadaannya. Oleh kerana kejohanan ini tidak berada dalam kalendar FIFA, maka bukan wajib untuk setiap pasukan melepaskan pemain kerana mereka sendiri mungkin memiliki perancangan tertentu untuk dilaksanakan.

“Cuma kita masih mengharapkan setiap pasukan melepaskan pemain masing-masing bagi memudahkan Pan Gon membentuk pasukan. Kita harapkan semangat yang ada untuk pastikan pasukan negara berada pada tahap terbaik dalam kejohanan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas turut hadir bersama Pan Gon dan pembantunya, Pau Marti Vicente ke Program Hari Bola Sepak Suparimau FAM di Stadium Mini Pendang di sini, semalam.

Mengulas mengenai pemain, Yusoff berkata, sepanjang pemerhatiannya pemain negara termasuk Dion Cools yang berpangkalan di luar negara sentiasa mahu beraksi menyarung jersi negara tanpa mengira apa jua bentuk kejohanan dihadapi.

“Tetapi macam mana keadaannya nanti, kita serahkan kepada Pan Gon untuk buat keputusan. Selepas itu, kita nantikan pelepasan daripada kelab serta pasukan diwakili mereka,” katanya.

Ditanya mengenai calon pengganti bekas jurulatih kecergasan pasukan kebangsaan, Dr. Gokhan Kandemir yang melepaskan jawatannya bulan lalu, Yusoff berkata, perkara itu turut diserahkan kepada Pan Gon untuk memilih calon sesuai.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya