fbpx

Ee Yi-Yew Sin akur bergelar naib juara Terbuka Australia 2022

Teo Ee Yi & Ong Yew Sin

PETALING JAYA: Impian untuk pasangan beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin menambah koleksi kejuaraan mereka tidak kesampaian apabila akur kepada gandingan China, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi dalam perlawanan akhir Terbuka Australia di Sydney sebentar tadi.

Atas kertas, Ee Yi-Yew Sin merupakan pilihan keenam kejohanan mempunyai kelebihan berbanding lawan yang hanya turun sebagai pilihan kelapan kejohanan, namun skrip berbeza berlaku di dalam gelanggang apabila Yu Chen dan Xuan Yi seakan mempunyai jawapan kepada setiap serangan dilakukan pasangan Malaysia ini.

Selepas 44 minit bertarung, akhirnya Ee Yi dan Yew Sin tewas dengan keputusan 16-21, 20-22, dan ini merupakan kali pertama beregu lelaki China menjadi juara di kejohan ini sejak ia diadakan pada 1975.

Selepas ini Ee Yi dan Yew Sin bakal bersiap untuk menghadapi Jelajah Dunia Akhir yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 7 hingga 11 Disember depan.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received