Akram dan Declan tidak lapor diri di FAM - Utusan Malaysia

Akram dan Declan tidak lapor diri di FAM

AKRAM MAHINAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hari pertama sesi latihan skuad bola sepak negara menyaksikan hanya 17 pemain sahaja melaporkan diri dan dua pemain Kuala Lumpur City, Declan Lambert dan Akram Mahinan menjadi pemain terbaharu tidak dapat menyertai sesi latihan kendalian penggendali kebangsaan, Kim Pang Gon.

Perkara itu disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila menerima surat dari kelab KL City memohon pelepasan bagi kedua-dua pemain itu atas urusan peribadi.

Ia situasi yang cukup perit buat Pan Gon untuk menyediakan skuad ampuh bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF Disember depan setelah sebelum ini kehilangan 11 pemain daripada Johor Darul Takzim (JDT) dan Nor Azam Azih dari Sri Pahang tidak dapat menyertai kem latihan negara atas alasan sama, selain komitmen terhadap keluarga dan masalah kecederaan.

“Hanya 17 pemain yang tiba dan kami akan dapat mengumpulkan senarai penuh pada Isnin ini. Saya berada di Malaysia, jadi saya kena terima situasi ini dan saya akan cuba sehabis baik,” kata pengendali negara, Kim Pan Gon.

“Dengan ketiadaan Akram dan Declan, skuad Harimau Malaya akan meneruskan kem latihan pusat kali ini dengan baki 28 pemain lain termasuk seorang pemain dari senarai bersedia iaitu pertahanan kiri Selangor FC, Fazly Mazlan.

“Penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim (akan lapor diri) pada 6 Disember selepas selesai kem latihan pusat bersama skuad B-23 dan pemain FK Jablonec, Dion Cools pada 16 Disember,” jelas Pan Gon.

Harimau Malaya akan turun beraksi dalam persahabatan antarabangsa menentang Kemboja pada 9 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil disusuli pertemuan menentang Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, 14 November ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya