AC Milan akhirnya layak selepas 9 tahun

AC Milan akhirnya layak selepas 9 tahun

OLIVIER Giroud (dua, kiri) meraikan jaringannya ketika membantu AC Milan menumpaskan RB Salzburg untuk mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara di Stadium San Siro, Milan semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Legenda bola sepak Itali, Paolo Maldini cukup beremosi menyaksikan AC Milan mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun selepas membenam RB Salzburg 4-0 di San Siro.

Menghabiskan seluruh karier­ di Milan dari 1985-2009, Maldini percaya, sekarang adalah masa terbaik buat skuad Rossoneri merampas gelaran ‘Raja Eropah’ yang telah dimenangi tujuh kali.

“Kami mesti bercita-cita tinggi. Mulai malam ini, kami boleh mula bercakap secara serius mengenai Eropah.

“Kami memulakan projek ini empat tahun lalu, ini tahun yang perlu kami usahakan. Kami mahu menjadi protagonis di Itali, kemudian kembali kepada dimensi Eropah, di mana Milan sentiasa menikmati sejarah hebat.

“Ia tidak mudah, kerana kami berada jauh dari yang lain daripada segi ekonomi tetapi saya fikir Milan akan menjadi ‘kuda hitam’ di pusingan 16 akhir,” katanya.

PAOLO MALDINI

Milan mara sebagai naib juara Kumpulan E di belakang Chelsea, dan lawan menanti mereka adalah Porto, Bayern Munich, Benfica, Manchester City, Real Madrid dan Tottenham.

Ia adalah kali pertama Milan ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara sejak 2013.

“Kami gembira, pasukan ini masih muda tetapi semakin matang.

“Mungkin dua tahun lalu kami akan meraikan lebih ba­nyak keputusan hebat tetapi saya fikir itu petanda yang sangat baik tentang bagaimana cita-cita kami telah berubah,” jelasnya.

Milan berada di belakang Real (14 gelaran) sebagai pasukan paling banyak bergelar juara Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya