Tok Gajah elak jumpa JDT dalam Piala Malaysia

Tok Gajah, Jang elak jumpa JDT dalam Piala Malaysia

SRI Pahang menutup kempen Liga Super 2022 di tangga ketujuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Negeri Sembilan mungkin perlu menunggu untuk memburu tiket ke Piala AFC musim depan, namun kekalahan 2-0 kepada Sri Pahang dalam aksi terakhir Liga Super malam ini memastikan kedua-dua pasukan mengelak daripada bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di peringkat awal Piala Malaysia.

Kemenangan di Stadium Darul Makmur menyaksikan Tok Gajah menutup musim 2022 di tangga ketujuh liga, manakala skuad Jang mengakhiri saingan di tempat keempat.

Sri Pahang mengorak langkah awal menguasai perlawanan sehingga memaksa skuad Negeri Sembilan lebih banyak bertahan

Minit ketujuh, hantaran Manuel Hidalgo gagal disudahkan Muhammad Shahrul Nizam walaupun berpeluang menewaskan penjaga gol lawan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Malah penjaga gol kebangsaan itu terpaksa bekerja keras menjaga gawangnya terutama melalui sepakan percuma pada minit ke-13 dan 24.

UNDIAN PIALA MALAYSIA 2022

Negeri Sembilan turut membuat beberapa percubaan melepasi benteng pertahanan terutama melalui gerakan bekas pemain Sri Pahang musim lalu, Herold Goulon.

Minit ke-27, Sri Pahang akhirnya menbuka gol jaringan melalui hantaran Hidalgo yang disudahkan David Rowley selepas bola tandukannya menerjah jaring.

Anak buah K. Devan kembali melakukan beberapa siri serangan untuk mengimbangi perlawanan termasuk pada minit ke-36 tetapi tandukan Matheus Alves hanya sedikit melepasi palang gol.

Bersambung babak kedua, pada minit ke-47, Sri Pahang berjaya menambah gol apabila sepakan deras Rowley dari luar kawasan penalti gagal diselamatkan Ahmad Syihan.

Negeri Sembilan juga tidak berputus asa apabila melakukan serangan bagi mencari gol termasuk melalui sepakan sudut pada minit ke-51 dan 55 tetapi mudah dinafikan penjaga gol Tok Gajah, Mamadou Samassa.

Rowley berpeluang mendapat jaringan hatrik pada minit ke-59 tetapi sepakan bekas pemain Kedah yang hanya berhadapan dengan Syihan gagal menerjah jaring selepas bola berjaya ditepis keluar.

Minit-minit akhir perlawanan, Negeri Sembilan mengandakan asakan sehingga perlawanan agak tegang sehingga ketua pasukan, Nasrullah Haniff Johan dilayangkan kad kuning kedua sekali gus menerima kad merah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN