Syafiq Ahmad puas balas kepercayaan jurulatih

Syafiq Ahmad puas balas kepercayaan jurulatih

SYAFIQ Ahmad berjaya meledak dua gol ketika membantu JDT menumpaskan Kedah 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad puas membalas kepercayaan ketua jurulatih apabila meledak dua gol ketika menjinakkan Sang Kenari 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

Penyerang kebangsaan itu berkata, jaringan tersebut membuktikan kemampuan layak menggalas tugas selaku penyerang JDT yang dahagakan gol.

“Saya merasa amat bersyukur kerana dapat membantu pasukan untuk meraih kemenangan hasil dua jaringan ini. Apabila ketua jurulatih bagi kita peluang, kita harus manfaatkan sebaiknya.

“Peluang untuk diturunkan bersama skuad JDT amat berharga, macam emas. Peluang itu kita kena buktikan yang kita layak berada dalam pasukan.

“Sekiranya diberi peluang sekali lagi (menentang Sabah FC), saya tekad untuk menjaringkan gol sekali gus menamatkan liga tanpa kalah,” katanya.

PENJAGA gol Kedah, Mohd. Shahril Saari menyelamatkan percubaan pemain JDT dalam aksi Liga Super malam tadi. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Dalam perlawanan malam tadi, Syafiq dan Bergson da Silva masing-masing meledak dua gol bagi memastikan Harimau Selatan mempamerkan kebangkitan setelah ketinggalan satu gol untuk menang 4-1 menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Mengulas mengenai berita ketua jurulatih pasukan Perak, Lim Teong Kim berminat mendapatkan khidmatnya musim depan, penyerang berusia 27 tahun itu masih belum mahu memikirkan soal tersebut.

“Buat masa ini, saya masih kurang berminat (menyertai Perak). Sekarang ini, kita masih berada dalam saingan Liga Malaysia musim ini, jadi fokus tertumpu ke hadapan bersama JDT,” ujarnya.

BERGSON da SIlva terjatuh setelah diasak oleh pertahanan Kedah, Mahmoud Nayef. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Dalam pada itu, ketua jurulatih, Hector Bidoglio turut memujikan aksi penyerang kelahiran Kedah itu yang mempamerkan aksi luar biasa dan hampir melengkapkan jaringan hatrik.

Katanya, kesungguhan yang ditunjukkan pemain kebangsaan itu di pusat latihan berjaya diterjemahkan di atas padang hingga menjadi igauan ngeri buat benteng pertahanan lawan.

“KDA FC bermain bertahan setelah mendahului pada hujung babak pertama. Bagaimanapun, JDT yang tampil agresif pada babak kedua berjaya mengubah kedudukan itu dan layak mengutip tiga mata,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya