Sosa tamatkan penantian Colombia, juarai LTdL 2022

Sosa tamatkan penantian Colombia, juarai LTdL 2022

IVAN Ramiro Sosa (jersi kuning) muncul juara keseluruhan LTdL 2022 selepas tamat lapan peringkat perlumbaan di Pekan Kuah, Langkawi hari ini. - - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Ivan Ramiro Sosa menamatkan penantian pelumba Colombia apabila muncul juara keseluruhan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 selepas tamat peringkat terakhir di Pekan Kuah semalam.

Dengan kelebihan 0.23 saat, pelumba pasukan Movistar itu mengatasi pencabarnya, Hugh Carthy daripada pasukan EF Education-Easy Post.

Kali terakhir pelumba Colombia berjaya menjuarai LTdL adalah ketika edisi 2013 menerusi Julian David Arredondon yang mewakili Team Nippo – De Rosa.

“Perlumbaan hari ini sangat laju dan kami sukar untuk mengejar namun pada akhirnya kami berjaya mendapat keputusan yang diinginkan.

“Ia penamat yang baik buat saya musim ini kerana dapat meningkatkan keyakinan untuk menempuhi musim baru,” jelas Sosa yang berjaya memegang jersi kuning itu sejak peringkat ketiga dari Putrajaya ke Genting Highlands.

IVAN Ramiro Sosa (depan) mendahului pelumba mengelilingi Pekan Kuah, Langkawi pada peringkat terakhir LTdL 2022 hari ini.

Jersi hijau, Raja Pecut pula milik Erlend Blikra dari Uno-X Pro Cycling yang mengumpul 49 mata, sementara tuah buat TSG yang turut meraih jersi putih, pelumba Terbaik Asia menerusi Jambaljamts Sainbayar.

Perlumbaan peringkat kelapan LTdL 2022 yang juga perlumbaan terakhir menyaksikan penamat antiklimaks apabila beberapa pelumba berjaya menepati ramalan untuk meraih empat jersi utama yang ditawarkan untuk saingan ini.

Perlumbaan kelapan yang berlangsung mengelilingi Pekan Kuah sejauh 115.9 kilometer menawarkan tiga zon pecutan iaitu di kilometer 30.8, 89.5, 98.3 serta 115.9 di lebuhraya Langkawi.

PELUMBA pasukan Burgos-BH, Alexander Molenaarmenjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat untuk ditabalkan sebagai juara peringkat kelapan LTdL 2022.

Tiga zon pendakian yang ditawarkan iaitu di kilometer 91, 99.8 dan 108.6 dibolot pelumba pasukan Alpecin-Deceunick, Jason Osborne, namun ia langsung tidak menggugat kedudukan pendahulu jersi merah, Raja Bukit yang menjadi milik Nur Aiman Zhariff daripada pasukan Terengganu Polygon Cycling (TSG).

Selepas 2 jam 25 minit 37 saat, pelumba pasukan Burgos-BH, Alexander Molenaar akhirnya menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat untuk ditabalkan sebagai juara peringkat kelapan LTdL 2022. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.