Sepang bawa tuah buat Arbolino - Utusan Malaysia

Sepang bawa tuah buat Arbolino

Pelumba pasukan ELF Marc VDS Racing Team, Tony Arbolino memenangi perlumbaan Moto2 pada MotoGP 2022, di Litar Antarabangsa Sepang, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pelumba pasukan Marc VDS Racing, Tony Arbolino memanfaatkan peluang untuk bergelar juara Grand Prix (GP) Malaysia dalam aksi yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi kategori Moto2.

Peluang terbuka luas buat pelumba Itali itu setelah pendahulu perlumbaan, Ai Ogura terbabas ketika pusingan terakhir sekaligus meranapkan impian pelumba Jepun itu untuk melebarkan jurang mata dalam persaingan kedudukan keseluruhan pelumba.

Ini merupakan kemenangan ketiga Arbolino untuk musim ini selepas di Amerika Syarikat dan Thailand.

“Dalam kepala saya sepanjang perlumbaan hari ini adalah untuk buktikan kepada semua pihak yang meragui kemampuan saya. Menerusi kemenangan ini, boleh dikatakan saya adalah antara yang terbaik dalam Moto2.

“Dari awal perlumbaan lagi, hanya perkara ini yang menjadi sasaran dan saya gembira kerana dapat melakukannya. Terima kasih kepada pasukan kerana menyediakan jentera terbaik sepanjang minggu ini,” katanya sejurus tamat perlumbaan.

Tempat kedua milik pelumba pasukan Beta Tools Speed Up, Alonso Lopez disusuli pelumba pasukan Aspar, Jake Dixon.

Justeru, persaingan membabitkan kedudukan keseluruhan menjadi semakin menarik apabila pelumba pasukan Red Bull KTM, Augusto Fernandez memintas Ogura dengan mengumpul keseluruhan 251.5 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.