Sang Badak benam Harimau Kumbang di Likas

Sang Badak benam Harimau Kumbang di Likas

SABAH kekal di tangga kedua Liga Super selepas menumpaskan Pahang 2-1.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sabah FC mencerahkan peluang untuk menutup kempen Liga Super 2022 selaku naib juara apabila membenam pasukan tercorot liga, Penang FC 4-1 di Stadium Likas, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee kekal di tangga kedua liga dengan 39 mata ketika saingan berbaki dua perlawanan, satu mata mengatasi Terengganu FC yang terus mengekori rapat selepas menumpaskan pasukan bermasalah, Melaka United 4-2.

Kemenangan di laman sendiri itu juga menggembirakan penyokong skuad Sang Badak memandangkan ia adalah perlawanan terakhir Liga Super di Likas musim ini.

Sabah membuka jaringan pada minit ke-32 hasil tandukan ketua pasukan, Badrol Bakhtir yang menerima hantaran lintang Alto Linus di hadapan gawang Pulau Pinang.

Pasukan pelawat bagaimanapun melakukan serangan balas dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-35, namun digagalkan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat.

Sudahlah ketinggalan, Penang FC bertambah malang terpaksa bermain dengan 10 orang selepas penyerang importnya, Rafael Vitor dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Sabah, Saddil Ramdani pada minit ke-42.

Memasuki separuh masa kedua, Penang FC mengejutkan Sabah apabila menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan Adib Abdul Ra’op pada minit ke-70.

Begitupun kegembiraan mereka tidak bertahan lama apabila pemain import Sabah, Park Tae-su berjaya menambah gol kedua Sang Badak melalui tandukan pada minit ke-72.

Sabah melebarkan kedudukan 3-2 pada minit ke-78 hasil sepakan penalti yang disempurnakan Saddil Ramdani selepas pemain tuan rumah, N. Thanabalan dijatuhkan di kawasan kotak penalti Penang.

Sabah berjaya menambah gol keempat melalui jaringan Stewart John Wilkin pada minit ke-88 menjadikan kedudukan 4-1 dan kekal hingga ke wisel penamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya